Hebat BN memerintah, Pos Malaysia rugi hanya RM227 juta aje
Khazanah Nasional Bhd baru-baru ini mengumumkan mahu menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd. Dengan itu Kerajaan tidak lagi menguasai Pos Malaysia. Tindakan ini jelas adalah kesilapan Khazanah sendiri bukan hanya Pos Malaysia sahaja.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Herman Samsudeen dalam blognya berkata, mereka sepatutnya melepaskan Transmile Group bukan Pos Malaysia kerana percaturan yang dibuat melibatkan kepentingan strategik negara.
"Soal untung rugi, rakyat boleh terima. Tapi kalau banyak macam ini dan hanya kerana satu kesilapan sahaja memang tak boleh terima. Selama ini kita melihat begitu banyak syarikat milik Kerajaan yang rugi," jelas beliau dalam blognya.
Beliau berkata, selepas Pakatan ambil ahli Kedah, Pulau Pinang dan Selangor hal yang sama dapat dibongkarkan.
Menurut beliau, banyak syarikat milik Kerajaan rugi di bawah pentadbiran Barisan Nasional(BN) disebabkan kesilapan membuat pelaburan.
Herman berkata, syarikat-syarikat ditubuh kerana projek tertentu atau kepentingan kroni tertentu mereka. Duit dipam masuk setiap tahun walaupun syarikat itu rugi dan terus rugi.
"Bila sampai ke tangan Kerajaan Pakatan, kita ambil masa untuk jual atau susun semula syarikat ini sebab ini bukan kerja macam jual ikan kat pasar.
"Bila nak jual, pembeli akan fikir soal prospek. Bila nak susun atau tutup syarikat yang rugi ini Kerajaan perlu fikir soal kepentingan dan kebajikan pekerja yang ada.
"Bukan senang nak cuci ‘najis ekonomi’ yang ditinggalkan BN. Bayangkanlah kalau satu negara ini diperintah Pakatan. Lebih banyak penyelewengan dan kerugian akan dibongkar,"Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Herman Samsudeen dalam blognya. -EraPakatan
WarkahDaily - Galak betul depa nafikan Pos Malaysia rugi RM546 juta. Konon adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
Mereka kata, Pos Malaysia tak rugi RM546 juta lah, tapi rugi RM227 juta sahaja. Bagi mereka, kerugian hanya RM227 juta tu dah menunjukkan kehebatan kerajaan 1Malaysia mentadbir negara ini.
Mereka seolah-olah bangga dengan hanya kerugian RM227 juta. Bagi mereka RM227 juta hanya duk kat celah gigi aje, macam RM2.27 sen sahaja.
Rugi RM227 bukanlah duit dari poket mereka, tapi duit rakyat. Rakyatlah yang terpaksa menanggung pedihnya. Bila nak selamatkan balik kerugian itu, terpaksalah guna duit rakyat yang kena bayar pelbagai jenis cukai.
Itulah hasil 'kepandaian' BN memerintah negara kita ini. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, pemimpin 'miskin', rakyat 'kaya-raya'. Dahsyat tu!. Rumah bak 'istana', teratak pemimpin bagaikan 'reban ayam'. Kasihan betul.
Post a Comment