Haramkan judi bola sepak seperti haramkan iklan rokok - Annuar Musa
Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa turut tidak bersetuju dengan pengeluaran lesen perjudian oleh kerajaan BN dalam kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 pada Jun depan.Pendirian itu tampak jelas memberi satu pukulan kepada kerajaan BN yang tidak mahu mendengar bantahan orang ramai berkenaan lesen judi.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya bertegas mengharamkan sebarang bentuk perjudian dalam bola sepak seperti tindakan mengharamkan iklan rokok.
menurut Annuar, kerajaan sebelum ini mengharamkan syarikat rokok daripada menaja pasukan bola sepak dalam Liga Malaysia.
Kata beliau lagi, cadangan tersebut menunjukkan kerajaan tidak konsisten dalam membanteras kegiatan yang boleh menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat.
Beliau turut membidas, judi adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan turut tidak digalakkan oleh agama lain.
"Sebarang bentuk perjudian bertentangan dengan ajaran Islam, malah agama- agama lain juga tidak menggalakkan judi," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas KAFA di Kota Bharu.
Annur yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut menjelaskan pendirian KAFA yang menolak pengeluaran lesen perjudian dalam bola sepak.
Annuar juga menyebut, kegiatan bookie bola sepak di negara ini juga akan berleluasa dan dibimbangi kegiatan itu selepas ini merebak pula dalam Liga Malaysia.
Post a Comment