China juara badminton Piala Thomas edisi 2010
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Gergasi badminton China memperoleh kemenangan mutlak 3-0 ke atas Indonesia untuk menjulang Piala Thomas buat kali kelapan hari ini.China mempertahankan piala berprestij sukan badminton ini dengan memperoleh kemenangan dalam kedua-dua perlawanan perseorangan dan beregu pertama di Stadium Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini petang ini.
Ia berjuang kira-kira tiga jam untuk membawa pulang Piala Thomas pada pukul 5.30 petang selepas negara itu tewas memenangi Piala Uber semalam.
Dua tahun lalu China menundukkan Korea Selatan 3-1 pada perlawanan akhir di Jakarta, Indonesia.
Indonesia pernah menang Piala Thomas sebanyak 13 kali dengan kali terakhir pada edisi 2002 di Guangzhou, China.
Keputusan Perlawanan Akhir
CHINA | 3 - 0 | INDONESIA |
Lin Dan mn Taufik Hidayat: 21-7,21-14;
Cai Yun/Fu Haifeng mn Markis Kido/Hendra Setiawan: 25-23,16-21,21-12;
Chen Jin mn Simon Santoso: 19-21,21-17,21-7.
Post a Comment