Manusia jenis apalah, kucing pun nak ditindiknya
Seorang wanita didapati bersalah atas tuduhan menganiaya binatang kerana menjual 'anak kucing gothik' yang ditindik di telinga dan leher.Holly Crawford, 35 tahun, dari Wilkes-Barre, Amerika Syarikat telah dijatuhi hukuman enam bulan tahanan dalam rumah.
Hakim Tina Polachek Gartley juga mengarahkan Crawford agar menutup kedainya yang menyediakan khidmat merapikan anjing, selama lebih dua tahun.
Crawford bagaimanapun dibenarkan menyimpan haiwan peliharaannya yang lain, yang termasuk seekor anjing, tiga kucing dan tiga ular.
Para juri telah mendapati Crawford bersalah pada Februari lalu.
Pihak pendakwa raya berkata Crawford telah menindik tiga anak kucing hitam untuk dijual melalui Internet.
Peguambela Crawford bagaimanapun berkata jika ibu bapa membenarkan anak-anak kecil mereka ditindik, adalah tidak adil untuk menetapkan peraturan tinggi ke atas pemilik kucing. -AP
WarkahDaily - Kasihan betul la dengan kucing sekor ni. Nape la duk nak tindik kat kucing plak tu, dah habis ke tindik kat badan sendiri. alohai!
Post a Comment