Header Ads

Lagi-lagi TNB untung berbilion ringgit

KUALA LUMPUR, 20 April: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2010, melebihi RM2.0 bilion berikutan keputusan yang lebih baik daripada jangkaan pada separuh petama tahun ini, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh hari Selasa.

Syarikat utiliti negara itu merekodkan keuntungan bersih sebelum tukaran wang asing (FOREX) sebanyak RM1.6 bilion bagi tempoh kewangan separuh pertama yang berakhir 28 Feb, 2010, berbanding kerugian bersih sebelum Forex sebanyak RM1.3 bilion pada tempoh yang sama 2009, hasil daripada lantunan ketara pertumbuhan permintaan bekalan elektrik serta ringgit yang kukuh.

"Berdasarkan trend semasa yang sudah mencatat RM1.7 bilion, sudah pasti kami dapat mencapai paras melebihi RM2 bilion bagi akhir tahun," katanya semasa ditanya sama ada syarikat itu yakin mencatatkan pertumbuhan sederhana tahun ini.

"Pada suku ketiga tahun ini, kami memperoleh pendapatan dan keuntungan Forex yang tinggi hasil daripada pengukuhan ringgit," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan suku kedua TNB hari ini.

Sepanjang tempoh enam bulan tahun kewangan 2010, perolehan TNB meningkat 2.8 peratus kepada RM14.7 bilion berbanding RM14.3 bilion.

Perolehan sebelum margin faedah, cukai, pelunasan dan susut nilai (EBITDA) meningkat 30.8 peratus daripada 26.3 peratus.

Ringgit yang lebih kukuh turut menyumbang kepada keputusan yang lebih baik dengan TNB merekodkan keuntungan Forex sebanyak RM99.0 juta beranding kerugian RM1.5 bilion dalam tahun kewangan 2009.

Pada suku kedua berakhir 28 Feb, 2010, TNB mencatatkan keuntungan bersih sebelum forex sebanyak RM855.7 juta daripada RM751.7 juta pada suku sebelumnya manakala perolehan meningkat 2.8 peratus kepada RM7.4 bilion berbanding RM7.3 bilion.

Peningkatan pendapatan bagi suku itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan yang lebih tinggi daripada pertumbuhan permintaan bekalan elektik dan kos penjanaan yang lebih stabil memandangkan harga arang baru kekal dalam kawalan pada suku itu.

Che Khalib berkata keputusan positif pada separuh pertama tahun kewangan 2010 merupakan kerugian yang dikumpul oleh TNB pada tempoh yang sama pada 2009 hasil daripada peningkatan sebanyak 3.6 peratus tarif elektrik pada Mac 2009.

Permintaan untuk unit elektrik bagaimanapun meningkat sejak Jun 2009 yang kemudiannya membantu meningkatkan prestai kewangan TNB seperti yang dilihat pada separuh pertama tahun ini, katanya.

"Saya menjangkakan prestasi TNB akan terus meningkat pada separuh kedua. Kami menjangkakan pertumbuhan sekali ganda pada suku ketiga tahun ini dan pertumbuhan satu angka bagi suku keempat," katanya.

Sektor industri dan komersil mencatatkan pemulihan kukuh dalam permintaan dan trend itu dijangka berterusan selari dengan perubahan dalam ekonomi secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, TNB mengambil perhatian terhadap cabaran yang dihadapi akibat ketidatentuan dalam kadar Forex bagi dollar AS dan yen Jepun, selain peningkatan harga bahan api susulan peningkaatn permintaan utnuk arang batu di seluruh dunia.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan 2010, permintaan untuk unit elektrik melaporkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 8.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie berkata pemintaan elektrik menunjukkan peningkatan ketara, masing-masing sebanyak 9.4 peratus dan 6.8 peratus berbanding sektor komersil dan industri.

Mengenai pertumbuhan sektor industi, beliau berkata sektor petrokimia dan besi dan keluli, merekodkan peningkatan tertinggi dalam unit jualan sebanyak 14.3 peratus dan 30.9 peratus.

Mengenai rancangan TNB untuk meningkatkan kapasiti penjanaan loji tenaga arang batu di Manjung, Perak, untuk memenuhi permintaan tenaga pada masa akan datang, Moggie berkata keputusan dibuat kerana empangan tenaga hidro Bakun tidak akan digunakan untuk Semenanjung Malaysia.

"Sarawak mempunyai kelebihan rizab tambahan tenaga hidro dan jika rizab ini dibangunkan pada masa depan, kami akan mengkajinya untuk Semenajung. Namun sehingga i berlaku, ia tidak memerlukan kami untuk melakukan perancangan khusus," katanya. -Bernama

WarkahDaily - Dalam apa keadaan sekali pun, TNB sentiasa diumum antara syarikat yang selalu mendapat keuntungan berbilion ringgit. Tapi bila masa harga minyak dan gas naik turun, depa duk bising pulak, TNB bakal rugi jika tak naik tarif elektrik.

Tapi hingga sekarang, tak pernah pulak umum rugi. Yang denga, TNB untung berbilion-bilion ringgit. CEO TNB pun kaya semacam jugak. Yang miskin papa kedana, hanyalah rakyat marhaen sahaja.

Dikuasakan oleh Blogger.