Header Ads

Kerana APCO, Umno-BN telah khianat umat Islam

Para pengundi di kawasan parlimen Hulu Selangor diingatkan supaya memandang serius isu APCO Worldwide yang dikaitkan dengan Umno dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dalam satu kenyataan dipetik media berkata, apa yang dibuktikan oleh kerajaan sekarang harus menjadi penilaian kepada rakyat khususnya di kawasan itu yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 25 April ini.

Menurutnya, ekoran daripada apa yang berlaku itu, rakyat khususnya dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor harus menolak kerajaan Umno/BN daripada memenangi pilihan raya kecil tersebut.

Beliau turut menyifatkan keangkuhan Umno/BN akan berterusan sekiranya mereka masih lagi mendapat mandat daripada rakyat walaupun tindakan yang telah dilakukan itu tidak selaras dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini.

"Saya yakin, rakyat kawasan Hulu Selangor mampu untuk membuat perubahan dengan tidak memberi sokongan kepada BN sekali lagi sebagaimana yang telah mereka buktikan dalam pilihan raya umum yang lalu," katanya lagi.

Tindakan kerajaan meneruskan aktiviti APCO Worldwide membuktikan mereka tidak prihatin terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam dan itu merupakan satu pengkhianatan terhadap umat Islam di negara ini.

“Sekiranya mereka prihatin maka mereka mampu untuk menolak hubungan ini diteruskan setelah sekian lama menjadikan syarikat APCO Worldwide ini sebagai satu gandingan yang memalukan umat Islam di negara ini," katanya. -EraPakatan

WarkahDaily - Kerajaan BN telah menjadi APCO rakan nasihat. APCO pula adalah agen daripada Yahudi. Yahudi sudah sedia maklum, adalah pengganas antarabangsa yang menindas umat Islam di Palestin.

Bermakna, setiap usaha ke arah berbaik atau menjadi yahudi sebagai penasihat adalah pengkhianatan terhadap umat Islam.

Dengan kata lain, bila kita angkat BN, maka APCO lagi berkuasa di negara kita. Setiap undi untuk BN adalah bertanggungjawab dalam hal ini.

Jadi, kita sepatutnya perihatin dalam hal ini. Berhenti memberi undi kepada BN sebagai tanda protes terhadap APCO.

Dikuasakan oleh Blogger.