Kecederaan Given: Manchester City bersedia untuk penjaga gol baru
Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City, telah memperolehi kebenaran dari Persatuan Bola Sepak Inggeris, FA, bagi mendapatkan pinjaman penjaga gol baru hingga akhir musim perlawanan liga kali ini.
Keputusan itu dibuat selepas penjaga gawang utamanya, Shay Given sedang mengalami kecederaan pada bahunya ketika pertemuan City dengan Arsenal di Stadium Emirates pada Ahad lalu, perlawanan itu berakhir seri 0-0.
(Penjaga gol City, Given menahan kesakitan bahunya ketika perlawanan dengan Arsenal Ahad lalu - foto BBC)
Akibat kecederaan tersebut, Given harus direhatkan dari terus mempertahankan gawang kelabnya dalam tiga perlawanan terakhir di Liga Perdana Inggeris.
Selain Given, penjaga gol simpanan lain tidak memungkinkan dapat menguatkan kelab tersebut.
Stuart Taylor ketika ini masih belum berada dalam keadaan yang baik sementara Joe Hart pula sedang menjalani tempoh pinjamannya ke Birmingham.
Satu-satunya penjaga gawang yang ada, Gunnar Nilesen masih belum mempunyai pengalaman dalam Liga Perdana Inggeris.
Tiga pesaing terdekat City dalam liga iaitu Aston Villa, Tottenham Hotspur dan Liverpool dilihat tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan FA ini.
City dan tiga kelab itu bersaing untuk mendapatkan tempat keempat liga sekaligus membuka peluang mereka mendapatkan berjuta-juta pound sterling melalu penampilan di kejohanan Liga Juara-juara Eropah.
City dan ketiga-tiga pasukan itu masing-masing hanya perbezaan dua mata dan persaingan dijangka akan semakin sengit menjelang akhir musim liga.
Perlawanan seterusnya, City akan berhadapan dengan Villa di Eastlands, kemudian akan bertemu Spurs pada 5 Mei nanti.
Masalah yang melanda City ini pernah terjadi pada Chelsea akhir bulan lalu. The Blues hanya mempunyai Ross Turnbull sebagai satu-satunya penjaga gol yang boleh diharap untuk menguatkan kelab tersebut.
Chelsea kemudian meletakkan pemain baru keluaran akademi bola sepaknya, Rhys Taylor sebagai pengganti ketika itu.
Jurulatih City, Roberto Mancini berhadapan permasalahan yang lebih rumit kerana selain Nielsen, dia sudah tidak mempunyai penjaga gol simpanan yang lain.
Keadaan ini membuatnya untuk berhati-hati dengan pemain pertahanannya agar tidak mengalami kecederaan dalam menghadapi baki perlawanan penting yang menentukan kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas liga musim ini.
Pengganti penjaga gol City ketika ini, Gunnar Nielsen yang menyertai kelab itu pada tahun lepas dengan status pindahan percuma dari Blackburn Rovers.
Sebelum ini, Blackburn telah meminjamkan pemain ini kepada Wrexham, bukan dari liga Inggeris.
Perlawanan pertama Nielsen dalam Liga Perdana Inggeris ketika dia diturunkan City pada perlawanan Ahad lalu menggantikan Given dan bermain selama 17 minit pada perlawanan tersebut. -BBC
Keputusan itu dibuat selepas penjaga gawang utamanya, Shay Given sedang mengalami kecederaan pada bahunya ketika pertemuan City dengan Arsenal di Stadium Emirates pada Ahad lalu, perlawanan itu berakhir seri 0-0.(Penjaga gol City, Given menahan kesakitan bahunya ketika perlawanan dengan Arsenal Ahad lalu - foto BBC)

Post a Comment