Header Ads

Orang paling kaya di China dibicara kerana rasuah

Seorang konglomerat paling kaya di China mula diadili atas dakwaan melakukan rasuah dan mendapat maklumat dalam di pasaran saham.

Huang Guangyu (Gambar) adalah pengasas kedai elektronik yang kedua terbesar di China, ditahan sejak bulan Januari tahun lalu.

Dia membina perniagaan bernilai bilion dolar bermula dari bawah selepas berhenti sekolah dan mula membuka kedai kecil 30 tahun lalu.

Usahanya berkembang hingga menjadi satu rangkaian kedai elektronik terbesar dengan mempunyai lebih dari 1,300 cawangan di seluruh wilayah China.

Wartawan BBC mengatakan, pelaburan beliau di bidang hotel membuat Huang Guangyu berjaya mengumpul kekayaan yang dianggarkan bernilai antara USD2.7 bilion hingga USD6.3 bilion dolar ketika beliau ditangkap.

Pada tahun 2008, beliau berjaya menduduki ranking pertama orang kaya di China hasil laporan Hurun. Beberapa bulan kemudian dia ditangkap.

Berita Xinhua mendapatkan kenyataan mahkamah yang menyebut usahawan berusia 40 tahun ini dikenakan dakwaan melakukan amalan perniagaan haram, mendapat maklumat dalam di pasaran saham dan melakukan rasuah.

Huang Guangyu dipercayai memanipulasi perdagangan saham dua syarikat terbuka, Sanlian Comeercial Co dan Beijing Centergate Technologies Co.

Isterinya, Lisa Du Juan dan bekas pengurus syarikat hotel miliknya, Xu Zhongmin, juga terlibat dalam dakwaan kes yang dibicara di Mahkamah Beijing itu.

Menurut laporan media kerajaan, pegawai kerajaan dan polis juga dikait dalam kes tersebut.

Gome Appliances Co, anak syarikat yang ditubuhkan Huang Guangyu di China, juga dituduh dalam kes rasuah.

Tahun lalu dia berundur dari syarikatnya sebagai pengurus Gomez, namun masih menjadi pemegang saham terbesar.

Perbicaraan tertutup kepada media itu dijadualkan bersidang tiga hari dan wartawan BBC menyebut, perbicaraan ini akan menarik perhatian dari kalangan ahli perniagaan di Beijing.

Ini adalah kes pertama yang melibatkan seorang pengusaha besar di China.

Responden yang dilakukan oleh media kerajaan menunjukkan bahawa warga China curiga dengan mereka yang menjadi kaya kerana pembaharuan ekonomi China dan yakin mereka melakukan rasuah. -BBC
Dikuasakan oleh Blogger.