Header Ads

Kartika tamat jalani khidmat sosial

KUANTAN: Setelah tiga minggu menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKTAF) di sini, model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno akhirnya berjaya menamatkannya hari ini.

Kartika Sari Dewi yang memakai baju jubah berwarna coklat dilihat keluar dari RKTAF dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana V6 kira-kira pukul 6.20 petang.

Difahamkan Kartika Sari Dewi tamat menjalani hukuman tersebut kira-kira pukul 5 petang.

Bapa Kartika bersyukur kerana anaknya itu selesai menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKTAF) di sini hari ini, selepas mereka melalui pelbagai kontroversi sebelum ini.

Shukarno Abdul Mutalib, 62, berkata, dia sekeluarga kini merasa tenteram dan berharap mereka tidak lagi diganggu dan menjadi tumpuan media. -Kosmo!
Dikuasakan oleh Blogger.