Gempa berukuran 7.2 Skala Richter Berlaku Di Sinabang, Aceh
JAKARTA, 7 April: Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku Sinabang, Aceh pada Rabu 5.15 pagi namun belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda.Gempa yang berlaku di kedudukan 75 kilometer ke Tenggara Sinabang itu berkedalaman 34 kilometer di bawah permukaan laut.
Pihak berkuasa telah pun mengeluarkan amaran tsunami, bagaimanapun ditarik balik kira-kira 7.30 pagi dan keadaan di Aceh dilaporkan kembali seperti biasa.
Jurucakap Badan Meteorologi dan Geofizika Indonesia yang dihubungi berkata kesan gempa tersebut sehingga boleh dirasai di Meulaboh.
Gegaran gempa turut menyebabkan bekalan elektrik dan telekomunikasi terputus seketika di Medan manakala penduduk Aceh turut keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
Empat gempa susulan dengan ukuran antara 5.1 dan 5.2 pada skala Richter turut berlaku.
Sejumlah 165 pelajar Malaysia di Aceh dilaporkan selamat.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi pemimpin pelajar di Aceh dan diberitahu bahawa mereka semua selamat.
"Pelajar Malaysia ada 165 orang, 130 daripada mereka terdiri daripada pelajar tahun akhir dan selebihnya di tahun satu, dua dan tiga di Universitas Islam Negeri ArRaniri.
"Rumah kediaman pelajar jaraknya adalah 10 kilomter dari laut dan mereka sentiasa bersedia sekiranya berlaku tsunami," katanya.
Dr Junaidi berkata beliau telah mengarahkan para pelajar Malaysia di Acheh supaya mengikuti prosedur kecemasan jika ada arahan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan. -Bernama
WarkahDaily - Ada beberapa orang penduduk sekitar utara tanahair melaporkan ada sedikit gegaran berlaku dalam lingkungan jam 6.18 pagi tadi. Katanya, terasa sedikit hayunan kecil berlaku.
Post a Comment