Ambank bank pertama di Malaysia guna ATM rangkaian tanpa wayar
KUALA LUMPUR, 8 April: AmBank (M) Bhd menjadi bank pertama di Malaysia yang melaksanakan Mesin Juruwang Automatik (ATM) rangkaian tanpa wayar, menggunakan protokol Sistem Global bagi Komunikasi Mudah Alih (GSM).Tanpa beroperai melalui talian suwa tetap tradisi lagi, ATM Ambank telah mula menggunakan Sambungan Tanpa Wayar Terjamin (SWC) yang menggunakan isyarat tanpa wayar sedia ada seperti 3G yang disediakan oleh Celcom dan DiGi.
SWC menawarkan ciri-ciri keselamatan yang serupa seperti yang digunakan pada talian suwa syarikat komunikasi biasa.
"Faedah perangkaian tanpa wayar yang begitu banyak termasuklah pemasangan yang lebih cepat dan mudah, yang membolehkan AmBank menyediakan lebih banyak ATM dalam tempoh yang singkat," kata Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Datuk Mohamed Azmi Mahmood, dalam satu kenyataan pada hari Khamis.
Beliau berkata teknologi tanpa wayar juga mempermudah kerja memindahkan ATM ke lokasi ramai pengguna yang prasarana talian tetapnya tidak mencukupi.
AmBank mempunyai 758 ATM di seluruh negara. Daripada jumlah ini, 351 dipasang di kedai 7-Eleven. -Bernama
Post a Comment