Header Ads

Michael Owen kecewa diketepikan pengurus England

LONDON: Buat pertama kalinya Michael Owen membayangkan kekecewaannya yang mendalam kerana diketepikan pengurus England, Fabio Capello.

Owen sering diabaikan oleh Capello sejak jurulatih Italy itu memimpin skuad England dan sekali lagi akan berada di rumahnya di Cheshire apabila England menentang Mesir dalam perlawanan persahabatan sebagai persiapan Piala Dunia Jun ini.

Hampir dua tahun Owen membisu menyusuli penyingkirannya daripada skuad England tetapi buat seketika ia terkeluar sejurus selepas membantu Manchester United menjuarai Piala Liga dengan mengalahkan Aston Villa 2-1 di Stadium Wembley kelmarin.

Selepas menghabiskan banyak masa musim ini dengan penampilan terhad bersama United, Owen mendapat peluang keemasan apabila diturunkan dalam kesebelasan utama sedang Wayne Rooney memanaskan bangku pemain simpanan.

Dengan Capello turut menyaksikan perlawanan itu, Owen membuktikan bahawa beliau masih mampu beraksi di pentas tinggi.

Tetapi sebelum tamat separuh masa pertama, impiannya musnah apabila beliau mengalami kejang otot dan digantikan oleh Rooney.

Ditanya sama ada peluangnya menyertai skuad England menerima satu lagi tamparan, Owen berkata: 'Banyak kali telah saya katakan bahawa memang sukar untuk bercakap mengenai perkara ini dan bagi mendapatkan kata-kata yang sesuai kerana kesilapan kata-kata akan membawa padah ke atas saya.

'Oleh itu, tiada gunanya memperkatakannya.' - AFP
Dikuasakan oleh Blogger.