Mangsa video lucah minta penjenayah terlibat disebat
BUTTERWORTH: Seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa rakaman video lucah melalui telefon bimbit mahu penjenayah terlibat dikenakan hukuman sebat.
Sambil menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan, dia berkata, perbuatan mereka bukan sahaja memalukan diri dan keluarganya malah menggalakkan lebih ramai remaja terlibat dengan aktiviti tidak sihat itu.
Menurutnya, penyebaran video lucah itu sama ada melalui telefon bimbit, cakera padat atau Internet secara tidak langsung merangsang lebih ramai remaja menjadi penonton dan lama kelamaan terjebak dengan aktiviti seumpama itu.
“Saya rasa begitu malu apabila dimaklumkan oleh seorang sepupu yang dapat mengenali suara saya apabila melihat video lucah itu melalui telefon bimbit dua tahun lalu.
“Tidak dapat dibayangkan perasaan saya ketika itu dan bimbang jika diketahui keluarga,” katanya yang enggan mendedahkan identitinya pada sidang media yang dikendalikan oleh Urusetia Tangani Gejala Sosial (Unggas) di sini, semalam.
Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Unggas, Mohd Hafiz Nordin.
Gadis berusia 17 tahun itu berkata, kejadian berkenaan berlaku akibat pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan tanpa had atau tanpa pengawasan keluarga.
“Selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya bekerja sambilan dan mula bergaul bebas dengan remaja lelaki yang kebanyakannya teman sekelas. Jadi tidak timbul rasa takut atau bimbang dari segi keselematan kerana saya mengenali mereka.
“Lama kelamaan, saya berani pergi seorang diri dan melepak bersama mereka yang turut disertai rakan lelaki lain yang tidak dikenali sehingga larut malam,” katanya.
Menurutnya, peristiwa hitam yang menimpa dirinya bermula apabila dia pergi melepak bersama rakan-rakan pada waktu malam di sebuah rumah kosong di taman perumahan yang belum didiami penghuninya dengan bantuan seorang pengawal keselamatan berusia 21 tahun.
"Di sana, saya pergi membuang air kecil dan tidak sedar rupa-rupanya perbuatan saya itu dirakam oleh beberapa rakan lelaki. apabila kembali di ruang tamu, beberapa lelaki lain berusia antara 18 hingga 21 tahun mula meraba tubuh saya dan melucutkan pakaian saya," katanya.
Remaja itu menjerit tetapi tiada siapa pun yang membantu malah mereka turut mencabul kehormatannya secara bergilir-gilir sambil merakamkan semua aksi itu.
“Saya diberi amaran agar tidak melakukan apa-apa dan jika berdegil, semua rakaman itu akan disebarkan dalam Internet.
“Selepas itu, saya meminta RM10 daripada salah seorang lelaki berkenaan sebagai tambang untuk pulang ke rumah seorang rakan sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Sehubungan itu, remaja itu yang ditemani seorang rakannya, meminta ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak agar tidak terjebak dengan kegiatan keruntuhan moral yang agak membimbangkan sekarang ini.
“Ibu bapa perlu memantau anak-anak dan memeriksa kandungan telefon bimbit mereka. Remaja lelaki perlu perlu menyayangi rakan perempuan seperti mereka sayang kepada ibu mereka sendiri dan bukan menjadikannya sebagai tempat memuaskan nafsu,” katanya. - sinarharian
WDO - Kembalilah kepada ajaran Islam yang Syumul!. Bila kita junjung titah perintah yang terkandung dalam Al-Quran, insya Allah kehidupan kita akan dirahmati dan dilindungi Allah SWT.
Kembali kepada hukum yang sebenar yang terkandung dalam Al-Quran yang menyusuri pelbagai aspek kehidupan dunia dan akhirat. Allah akan menyayangi hamba-hambanya yang taat kepada-Nya.
Sambil menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan, dia berkata, perbuatan mereka bukan sahaja memalukan diri dan keluarganya malah menggalakkan lebih ramai remaja terlibat dengan aktiviti tidak sihat itu.Menurutnya, penyebaran video lucah itu sama ada melalui telefon bimbit, cakera padat atau Internet secara tidak langsung merangsang lebih ramai remaja menjadi penonton dan lama kelamaan terjebak dengan aktiviti seumpama itu.

Post a Comment