Header Ads

Kerajaan BN tidak memerlukan MeCD lagi

Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang dibubarkan pada April tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peranan kementerian itu telah diserapkan ke lapan kementerian termasuk kementerian beliau dan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

"Saya memberi jaminan walaupun MeCD ini telah dibubarkan dan perananya dipindah kepada lapan agensi lain, kerajaan tetap memperjuangkan agenda Bumiputera.

"Masalah-masalah termasuklah (yang dihadapi) kontraktor dan lain-lain, tetap akan diperjuangkan, dan kita akan terus pastikan bahawa kegiatan dan aktiviti ini akan dimantapkan dan diperkasakan di masa depan,” katanya menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Terdapat 11 agensi sebelum ini diletakkan di bawah MeCD termasuk Mara, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun), Bank Pembangunan, Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA).

Mustapa berkata bagi memantapkan lagi usaha membantu usahawan Bumiputera, kementerian itu akan mewujudkan Pusat Rujukan dan Bimbingan Usahawan untuk memberi khidmat nasihat dan konsultasi keusahawanan, dan ia akan beroperasi dalam tempoh sebulan lagi. —Bernama


WarkahDaily - Bagi kerajaan mungkin MeCD tiada kepentingan baginya. Jika tiada keuntungan poket sendiri, bagaimana mahu diadakan. Untuk rakyat, pii laa!. Takdak sape heran pasal rakyat pun. Jadi rakyat keseluruhan yang masih lagi memerlukan pembelaan kerajaan bagi menaikkan taraf ekonomi mereka, lebih-lebih lagi dalam industri kecil, perlu bijak menilai antara PR dan BN. Pilihlah yang memperjuangkan kebajikan untuk rakyat demi keadilan sejagat.

Dikuasakan oleh Blogger.