Header Ads

Ada duit RM2 juta? miliki Mercedes terbaru model SLS AMG yang sporty

Bercadang untuk memiliki kereta mewah yang berharga lebih RM2 juta? Jika ya, anda boleh merealisasikan impian tersebut dengan mengunjungi salah sebuah pusat pameran Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes-Benz Malaysia) awal bulan depan.

Model kereta sport terbarunya, SLS AMG yang memiliki pintu Gullwing itu ditawarkan pada harga RM1,999,999 tanpa insurans.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini bersempena media previu model terbaru itu, model berkenaan berenjin V8 AMG 3.6 liter dengan transmisi Speedshift DCT tujuh kelajuan yang mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dengan hanya 3.8 saat dan kelajuan maksimum 317 km/j.

Kereta berkenaan merupakan model pertama keluaran Mercedes-Benz yang dibangunkan menggunakan logam aluminium pada bahagian casis dan bahagian badan kenderaan berbanding penggunaan reka bentuk keluli. -kosmo!

WarkahDaily - Ada sape-sape berminat ke? Mana mau cari RM2 juta tu. Kalau duk 'sebelah sana' (kaum kerabat bapak menteri ke), bolehlah simpan cita-cita kot. Tak pun, bekas menteri belia sukan dulu-dulu tu, yang suka kumpul koleksi kereta mewah tu. Bolehlah kot.

Yang lain telan air liur udah ler.
Dikuasakan oleh Blogger.