Selepas Toyota, kini giliran Honda pula
TOKYO: Dua tiga hari lepas, Toyota terpaksa memanggil balik 300,000 kereta hibrid model Prius ekoran masalah brek. Kini satu lagi syarikat gergasi kereta Jepun, Honda apabila hari ini memanggil semula 437,763 kenderaannya dari seluruh dunia, terutama di Amerika Utara untuk diperiksa dan membaiki semula beg angin.
Minggu lalu, Toyota mengumumkan memangggil balik 2.3 juta kereta di Amerika kerana kebimbangan mengenai pedal minyak yang tidak melantun balik dengan mudah setelah ditekan, masalah sama yang dihadapi 75,000 kereta Toyota di China.Giliran Honda menarik balik keretanya seluruh dunia berikutan beg angin berciri keselamatan dalam kenderaan keluaran Honda didapati boleh meletup dan menyemburkan serpihan besi yang membahayakan pengguna. -AFP,AP,Reuters
Post a Comment