Header Ads

Kenapa takut sangat dengan 'Muzakarah'?

Dua tahun lepas, TG Presiden PAS mengajak Umno bermuzakarah dan berbincang berkenaan masalah rakyat. Sambil hari ini, beliau menegaskan lagi PAS sedia untuk berbincang dengan Umno berkenaan hal-hal berkaitan rakyat termasuk agama dan ekonomi.

Kemudian kedengaran pula cadangan daripada Tok Guru Nik Aziz berkaitan dialog dengan Umno berkenaan agama Islam.

Banyak orang di luar sana menafsirkan muzakarah dengan maksud yang berbagai-bagai. Muzakarah bermaksud mengadakan perjumpaan untuk membahas dan membincangkan sesuatu isu. Tidak bermaksud untuk menyertai sesuatu kumpulan.

Tetapi hari ini, kebanyakan kita begitu takut dengan ungkapan 'muzakarah'.ntah kenapa aku tidak tahu.

Dalam blog bongkarsauh kendalian Sdr Zulkarnain Abidin juga sebahagian yang begitu kaget dengan 'muzakarah'. Kenapa?

Laporan blognya, "Samada ‘dialog’ atau apa sahaja yang seerti dengannya tidak perlu ditimbulkan langsung, oleh sesiapa pun. Tidak perlu dan tidak berfaedah. Atas apa tujuan sekali pun".

Apa yang fobia sangat saudara? Muzakarah bukan nak ajak masuk Umno tapi ajak bincang masalah agama, masalah ekonomi dan kepentingan rakyat. Tak kan benda tu pun fobia?

Dengan muzakarah, dialog itu juga kita dapat bongkarkan kesilapan Umno kepada umum. Jangan pendekkan akal kita hanya kerana Umno itu Umno. Rasulullah pun tidak benarkan Malaikat penjaga bukit Thaif menghempapkan bukit-bukit ke atas penduduk Thaif yang mencerca, melempar batu dan najis terhadap baginda ketika berdakwah.

Apa yang silap jika muzakarah diadakan?Seolah-olah semacam dunia ingin kiamat. Apakah perjuangan kita sebenarnya?Adakah perjuangan kita semata-mata dalam jamaah sahaja?bagaimana tanggungjawab dakwah kita terhadap dunia luar?

Tugas kita hanya berdakwah bukan mengira berapa orang yang dengar dakwah kita, berapa orang yang terima dakwah kita. Bahkan, Imam Hassan Al-Banna pun berdakwah hingga ke tempat-tempat orang muda melepak untuk menerangkan agama Islam.

Jangan kita sempitkan pemikiran kita hanya kerana benci kita kepada Umno sehinggakan kita abaikan tanggungjawab kita mengajak atau bermuzakarah dengan Umno dalam perkara kebaikan.

Nabi Musa pun diperintah oleh Allah untuk berdakwah kepada Firaun walaupun Firaun tidak terima dakwah baginda. Bahkan ingin membunuh baginda lagi.

Pelik sungguh ada juga orang yang takut dengan cadangan kedua-dua Tok Guru kesayangan ummah itu.
Dikuasakan oleh Blogger.