Blog ~penarik beca mendahului sangkaan sebelum muzakarah
Aku ingin ulas sikit pasal komen ~Penarik Beca dalam blognya berkenaan tajuk 'PAS, tolonglah jangan bodoh mendahului masa!'. Baca tajuk tu, marah bebenar nampaknya. Marah bila timbul balik isu 'muzakarah'. Mungkin boleh aku kategorikan dia ni jenis fobia dengan Umno. Baguslah tu. Tapi kenalah ada sebab munasabah.
Isunya apabila Tok Guru Nik mencadangkan satu perbicangan berkenaan agama Islam dengan Umno. Ajak Umno berdialog, kenapa Umno tidak mahu menerima Islam dan menentang perjuangan PAS yang berjuang untuk Islam.
Tetapi dalam dalam artikel blog ~penarik beca, mengungkapkan satu teks yang berbunyi, "Dalam berita mStar Online hari ini bertajuk "Muzakarah dengan Umno: PAS akan nyatakan pendirian", Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar dipetik sebagai berkata:
"Ahad depan InsyaAllah kita ada mesyuarat bulanan, kemungkinan kita akan bincang mengenai kedudukan sebenar mengenai perkara ini".
Boleh jadi ada yang terkinja-kinja nak bincangkan perkara mengarut tu. Daripada membincangkan perkara bodoh seperti itu, lebih baik mesyuarat itu bincangkan:
1. Mengapa orang beragama Islam paling mundur?
2. Mengapa orang beragama Islam paling kuat rasuah?
3. Mengapa orang beragama Islam paling lemah tahap pendidikan?
4. Mengapa orang beragama Islam paling bodoh memilih pemimpin?
5. Mengapa orang beragama Islam paling ramai dalam pesta-pesta hiburan?
6. Mengapa orang beragama Islam menjadi juara kepada semua perkara yang melemahkan umat Islam sendiri?
Lebih baik berbincang mengenai perkara itu dari membuang masa mengulangi kebodohan teramat bodoh yang menyebabkan PAS paling teruk berpecah sejak 1982. Janganlah mendahului masa melakukan perkara-perkara yang menyebabkan generasi Melayu Islam akan datang lingkup hancur.
Janganlah mendahului masa melakukan perkara-perkara yang menyebabkan anak cucu kita kencing di atas kubur kita."
Komen dari aku:
Bagus jugak cadangan itu dan aku sokong 100% cadangan tuan. Tapi aku mahu tanya ~penarik beca, dengan siapa mahu dibincangkan (~penarik beca kata mesyuarat) tajuk-tajuk cadangan tuan tu?Ajak bincang sesama kita sahaja ke?Jika begitu, bagaimana kita mahu nampak keberhasilannya? Melainkan kita ajak pemerintah sendiri berbincang perkara yang tuan cadangkan itu seperti yang dicadangkan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Memang pun Tok Guru ajak Umno berbincang perihal agama Islam, jadi bersamaanlah dengan apa yang tuan inginkan.
Satu lagi, tuan tahu ke apa isi kandungan perbicangan yang bakal diperbincangkan seperti yang dicadangkan oleh Tok Guru Nik Aziz? Jangan-jangan sama sahaja tajuk perbincangan seperti yang tuan utarakan itu. Nama lagi berbincang berkenaan agama Islam seperti yang dicadangkan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Kenapa fobia sangat dengan muzakarah?Muzakarah ni maksudnya menyertai Umno ke?Muzakarah tidak semestinya kita menerima Umno atau telah memberi kreadit untuk Umno untuk bernyawa.
Dengan muzakarah juga kita dapat menilai tembelang Umno, dapat tahu hujah Umno betul ke tidak. Disamping dapat tahu sama ada bohong atau tidak Umno dalam memperjuangkan agama Islam. Disitu, rakyat dapat menilai hujah mereka itu.
Janganlah takut hingga anda mendahului perbuatan orang lain dengan memberi komen pedas yang mungkin anda tersilap langkah. Seolah-olah andalah yang mendahului masa sebelum tiba masa dialog seperti yang dicadangkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Dunia tidak akan kiamat dengan adanya muzakarah.

Post a Comment