Mesir akan berhadapan Ghana dalam final Piala Negara-Negara Afrika
Angola: Final perlawanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika 2010 akan berlangsung hari ini antara Mesir bertemu Ghana. Mesir sebagai juara bertahan berjaya ke final selepas membelasah musuh tradisi, Algeria 4-0 semalam. Sementara Ghana berjaya membenam Nigeria 1-0 untuk ke final hari ini.(Gambar Ihsan FIFA.com)
Mesir yang membawa rekod 18 perlawanan tanpa kalah menjelang pertemuan dengan Ghana di Luanda esok menganggap pencapaian mereka pada kejohanan kali ini sebagai yang terbaik.
Mesir memperoleh gol pembukaan hasil jaringan Hosni Abd. Rabou pada minit ke-39 menerusi sepakan penalti.
Mohamed Zidan menambah gol kedua Mesir pada minit ke-65 sebelum Mohamed Abdelshafi meledak gol ketiga sembilan minit sebelum perlawanan berakhir.
Mohamed Nagui mengesahkan kemenangan bergaya Mesir dengan gol keempat pada masa kecederaan.
Sementara Ghana dapat mara ke final buat kali pertama selepas menunggu dalam tempoh 18 tahun. Asamoah Gyan muncul wira apabila meledak gol kemenangan Ghana pada minit ke-21 untuk kemenangan tipis 1-0 ke atas Nigeria.
"Sukar untuk dipercayai apabila kami berjaya mara ke final. Kami adalah sebuah pasukan muda dan tidak ramai yang meramalkan kami akan ke babak akhir," kata Gyan. -AP
Post a Comment