Hamas pertahan tindakan serang Israel
GAZA CITY: Pergerakan Hamas semalam mempertahankan tindakan mereka semasa serangan tentera Israel ke atas Genting Gaza pada Disember 2008-Januari 2009, dengan menyatakan mereka tidak menyasarkan penduduk awam sewaktu melancarkan ratusan roket ke bandar-bandar di Israel.
Hamas yang memerintah Genting Gaza menolak tuntutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pergerakan pejuang Palestin itu menjalankan siasatan mengenai konflik tersebut.
Satu laporan yang diserahkan oleh seorang pegawai Hamas kepada Associated Press (AP) menunjukkan Hamas tidak akan melancarkan siasatan bebas mengenai serangan roketnya ke wilayah Israel.
(Kanan: Gambar hiasan)
Israel dan Hamas menolak hasil siasatan PBB yang menuduh kedua-dua pihak melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Kedua-duanya juga dipercayai tidak akan mempedulikan tuntutan PBB supaya masing-masing menjalankan siasatan dalaman.
Berikutan konflik yang berakhir pada 21 Januari 2009 itu, kebanyakan kritikan ditujukan terhadap Israel yang didakwa menggunakan kekerasan melampaui batas dan menyebabkan kemusnahan meluas di Gaza.
Kira-kira 1,400 penduduk Gaza yang kebanyakannya orang awam terbunuh. Suruhanjaya siasatan PBB mendakwa Israel sengaja menjadikan orang awam sebagai sasaran serangan.
Laporan Hamas akan diserahkan kepada pihak PBB lewat minggu ini, kata pegawai Hamas, Mohammed al-Ghoul.
Dalam laporan itu, Hamas berkata, roket yang dilancarkannya dari Gaza bertujuan untuk membedil kedudukan tentera Israel tetapi mengenai penduduk awam dengan tidak sengaja kerana roket tersebut tidak dilengkapi sistem berpandu.
Pejuang Palestin melancarkan kira-kira 800 roket dan peluru mortar ke Israel semasa perang Gaza, menyebabkan tiga penduduk awam terbunuh, 80 lagi cedera parah dan lebih 800 cedera ringan.
Perhimpunan Agung PBB pada November lalu menuntut kedua-dua pihak menjalankan siasatan dalaman dan memberi mereka tempoh sehingga 5 Februari ini untuk memberikan jawapan. -Berita 1
Hamas yang memerintah Genting Gaza menolak tuntutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pergerakan pejuang Palestin itu menjalankan siasatan mengenai konflik tersebut.
Satu laporan yang diserahkan oleh seorang pegawai Hamas kepada Associated Press (AP) menunjukkan Hamas tidak akan melancarkan siasatan bebas mengenai serangan roketnya ke wilayah Israel.(Kanan: Gambar hiasan)

Post a Comment