Makanan Halal Malaysia Dijual Di 180 Cawangan Tesco Di Britain
KUALA LUMPUR, 6 Jan : Produk makanan halal Malaysia akan dijual di 180 cawangan Tesco di Britain tidk lama lagi, apabila enam pembekal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengeksport barangan bernilai RM600,000, mulai 11 Jan.Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Chris Bush, berkata eksport keluaran makanan halal oleh pembekal-pembekal ini ke Tesco UK merupakan sebahagian daripada program Tesco Malaysia untuk menggalakkan eksport Malaysia ke pasaran Britain.
"Pembekal tempatan dan PKS penting kerana rangkaian barangan dan tawarannya unik dan berbeza daripada pembekal multinasional yang besar.
"Barangan keluaran tempatan juga berkualiti tinggi dan perlu diperkenal bagi mencetuskan kesedaran dan penerimaan oleh orang ramai," katanya dalam satu kenyataan.
Keempat-empat pembekal yang meneroka pasaran Britain itu ialah Dewina Food Industries, Sal's Food Industries Sdn Bhd, Vit Makanan (KL) Sdn Bhd dan Kampong Koh Sauce (M) Sdn Bhd. Keluaran syarikat-syarikat ini telah lulus piawaian ketat Konsortium Peruncit Britain.
Bush berkata pasaran bagi produk halal amat luas di United Kingdom yang mempunyai 2.4 juta pengguna Islam. - BERNAMA
Post a Comment