Header Ads

Salam takziah buat keluarga Dato' Kamaruddin Jaffar

Warga kerja WarkahDaily Online mengucap takziah buat seluruh ahli keluarga Datuk Kamarudin Jaffar di atas pemergian isteri beliau, Datin Kamariah Kamarudin awal pagi tadi. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

Isteri beliau meninggal di rumahnya di Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar. Beliau dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
Dikuasakan oleh Blogger.