Lagi projek kerajaan Barisan Nasional bermasalah
Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ketika membuat tinjauan ke ITC pada 16 Jun berkata kolej ini perlu diteliti semula kerana terdapat kecacatan yang jelas terutama pada kayu penyokong bumbung serta beberapa bahagian lain.
“Setelah diteliti terdapat 200 hingga 300 item yang perlu diperbaiki semula.atau ditukar kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya MB.
ITC yang mempunyai 216 bilik lengkap dengan kemudahan ICT bertaraf dunia ini telah dibina pada Mei 2005 dan dijangka siap pada Februari 2008 namun sehingga kini ianya masih belum dapat digunakan lagi kerana beberapa masalah yang timbul dan memerlukan pemantauan rapi.
“Saya dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengenal pasti dan memantau projek ini dari masa ke semasa dan berharap ianya dapat diselesaikan tidak lama lagi,” katanya lagi.
Berdasarkan tarikh mula dan tamat projek ini, ianya berlaku ketika Dato` Seri Idris Jusoh menjadi MB Terengganu. MB daripada Umno/ Barisan Nasional. Kos untuk projek belum diketahui lagi namun dari segi pandangan kasar kepada prasarana projek itu, tidak mustahil ianya boleh menelan belanja jutaan ringgit juga.
Siapa yang kendalikan projek ini, siapa yang meluluskan tender projek ini. Mungkin Dato Seri Idris Jusoh boleh menjawabnya.
Mengikut kenyataan Dato` Ahmad Said, terdapat 200 hingga 300 item yang perlu diperbaiki semula.atau ditukar kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.Apa yang menjadi persoalan, kenapa item yang digunakan untuk membina pusat latihan yang dikatakan canggih itu didapati tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. Apa kerja dia orang ni?
Wahai SPRM, siasatlah orang yang terlibat dengan projek ni takut-takut ada penyelewengan dalam pembelian barang yang tiada kualiti. Tak kan nak tunggu runtuh lagi sekali baru nak sibuk buka fail. Jangan sampai ada nyawa yang tidak berdosa terkorban akibat kerakusan manusia yang tamak haloba.
Post a Comment