Banjir: Mangsa di Kelantan Cecah Hampir 1,600 Orang, Kedah Turut Terjejas
![]() |
| gambar bernama |
Situasi banjir di Kelantan terus memburuk apabila 1,599 mangsa daripada 648 keluarga kini ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tiga daerah utama.
Tumpat mencatat jumlah tertinggi dengan 629 mangsa daripada 267 keluarga, diikuti Bachok yang menempatkan 562 mangsa (174 keluarga). Kota Bharu pula merekodkan 402 mangsa daripada 190 keluarga di tujuh PPS.
Di Terengganu, seramai 276 mangsa daripada 65 keluarga telah dipindahkan ke PPS Masjid Kampung Pulau Redang selepas kawasan itu mula dinaiki air.
Sementara itu, Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir, daerah Kulim turut terjejas dengan 225 mangsa daripada 66 keluarga ditempatkan di beberapa PPS termasuk Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, Surau KEDA Naga Lilit dan SK Permatang Tok Dik. Antara kampung terlibat ialah Kampung Siam, Kampung Bukit Sarang Ayam, Kampung Paya Serdang, Kampung Titi Tok Aris dan Kampung Padang Cina.
Pihak berkuasa di semua negeri terlibat terus memantau keadaan berikutan cuaca yang masih tidak menentu.

Post a Comment