Presiden China kritik bangunan berbentuk kemaluan di Tiongkok
![]() |
| Presiden China, Xi Jinping membuat kritikan keras terhadap reka bentuk senibina arkitek Rem Koolhaas ke atas ibu pejabat besar syarikat CCTV di Tiongkok. |
Teguran Jinping disampaikan ketika penutup pidato selama dua jam di simposium sastera minggu lalu. Dia mengkritik keras bentuk seni bina karya Brek Koolhaas, iaitu bangunan ibu pejabat besar CCTV China.
Presiden yang mengambil alih tampuk kepimpinan Parti Komunis China dua tahun lepas itu berkata, tidak akan ada lagi seni bina yang lebih aneh selepas bangunan 'zakar' raksasa milik syarikat surat khabar kerajaan, People 's Daily.
"Tidak akan ada lagi seni bina yang lebih aneh," kata Jiping.
Jiping turut mengkritik pencakar langit Gate of The Orient yang digelar "big pants" atau seluar besar.
Bangunan itu dibina dengan jambatan berkembar di atas Sungai Yangtze dan Jialing di Chongqing, yang kelihatan seperti kemaluan wanita.
Kritikan pedas Jinping juga ditujukan untuk bangunan pencakar langit di Guangzhou yang berbentuk seperti donat raksasa.
Kompleks bangunan Soho hasil rekaan Zaha Hadid yang mirip kerikil turut mendapat kritikan hebat. Jiping mendesak para pemaju bangunan komersial supaya tidak lagi mengorbankan nilai-nilai seni dan moral demi keuntungan komersial.
"Di sinilah perlunya karya seni. Karya seni harus seperti cahaya matahari dari langit biru dan angin di musim bunga yang akan memberi inspirasi kepada fikiran, hati yang hangat, memutik perasaan dan membersihkan gaya kerja yang tidak diingini," katanya.

Post a Comment