Gali lubang rompak bank, tiru aksi filem 'Dhoom'
![]() |
| Polis sedang memeriksa lubang yang dibuat pencuri untuk merompak bank. -BBC |
Menurut penyiasat, lubang itu digali bermula dari sebuah rumah kosong yang berada di sebelah bank. Lebih lanjut, penyiasat menjelaskan modus operandi rompakan bank ini seperti meniru aksi dari sebuah filem Bollywood berjudul "Dhoom."
Rompakan berkenaan dapat diketahui pada pagi Isnin ketika seorang pegawai bank terkejut melihat lubang besar di lantai bank. Selepas memerhati lebih lanjut lubang berkenaan, ia diketahui lubang itu digunakan untuk rompakan.
Penyiasat, Arun Nehra, mendakwa perompak berkenaan mula melakukan kegiatan itu sejak Sabtu (malam).
Sementara pengurus bank, Davender Malik, menjelaskan, kelihatan perompak berkenaan seperti sudah mengetahui selok-belok dan situasi keadaan bank berkenaan sehingga mampu melakukan kegiatan rompakan tanpa diketahui pihaknya.

Post a Comment