Dua roket dari Lubnan dibedil ke arah utara Israel
![]() |
| Kesan pengeboman regim Israel terhadap Gaza selepas beberapa jam tentera zionis meluluskan cadangan gencatan senjata yang diketuai Mesir. |
Semenjak tercetusnya konflik Israel-Palestin minggu lepas, bedilan roket berkenaan merupakan kali keempat dilancarkan ke arah negara haram zionis itu namun ia dibalas meriam Israel ke arah lokasi pelancaran roket di selatan Lubnan itu. Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan roket berkenaan.
Selepas serangan semalam, 189 orang penduduk palestin terkorban semenjak regim zionis melancarkan serangan udara ke arah Gaza minggu lepas. Selain penduduk awam, serangan udara pihak zionis turut memusnahkan 850 rumah penduduk tempatan. Akibatnya lebih dari 17 ribu warga Gaza terpaksa melarikan diri.

Post a Comment