Keputusan penuh EPL 12 April: Man United tewas mengejut, City dan Arsenal selesa

Shaun Maloney menjaringkan gol kemenangan Wigan selepas melakukan rembatan lengkung menewaskan penjaga gol United, David De Gea pada minit ke-50. Wigan menang ke atas Man United 1-0.
WarkahDaily -- Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang beraksi awal pagi tadi.
Usaha Manchester United mahu merangkul kejuaraan musim ini sedikit terbantut apabila kalah mengejut kepada kelab yang bergelut dengan zon penyingkiran, Wigan Athletic 0-1.
Pesaing terdekat United, Manchester City pula menang selesa apabila membelasah West Brom 4-0 di Etihad.
Turut melakar kemenangan bergaya ialah Arsenal apabila turut menang besar 3-0 ke atas Wolverhamptons Wanderers di Stadium Molineuz. Kemenangan itu memberi kedudukan selesa Arsenal di tangga ketiga meninggalkan jauh pesaing terdekat Tottenham Hotspur.
Keputusan penuh
Manchester United 0 - 1 Wigan Athletic
Manchester City 4 - 0 West Brom
Wolverhamptons Wanderers 0 - 3 Arsenal
QPR 3 - 0 Swansea
--WARKAHDAILY
Post a Comment