Proton: Syarat perjanjian jual beli Khazanah dengan DRB-Hicom, Nadzmi berundur serta-merta

Peletakan jawatannya itu dilaporkan kerana ia terkandung dalam perjanjian jual beli (SSPA) antara Khazanah Nasional Bhd dengan DRB-Hicom Bhd.
“Kami ingin menegaskan bahawa peletakan jawatan Nadzmi sebagai pengerusi lembaga pengarah Proton dan jawatan-jawatan lain oleh sebab jawatannya sebagai pengarah, adalah sebahagian daripada terma-terma SSPA itu,” kata Proton.
Pertengahan Januari lepas, DRB-Hicom telah membuat urusniaga jual beli (SSPA) dengan membeli 42.74 peratus modal saham terbitan dan berbayar Proton dengan harga RM1.291 bilion dengan Khazanah.
Post a Comment