EPL: Arsenal bangkit belasah Spurs 5-2

Pemain Arsenal, Bacary Sagna (tengah) menjaringkan gol pertama pasukannya yang menaikkan semangat rakan-rakan untuk menang besar ke atas Tottenham Hotspur dalam perlawanan EPL di Stadium Emirates di London, England, awal malam tadi. | foto AFP
[Ikuti keputusan penuh perlawanan awal malam tadi bawah artikel]
Empat minit perlawanan bermula, Spurs telah berada di depan melalui jaringan Louis Saha. Spurs sekali lagi menambah gol melalui bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor melalui penalti di minit ke-34.
Ketika perlawanan dilihat dikuasai Spurs, namun Arsenal terus bangkit dari ketinggalan dua gol selepas Bacary Sagna menanduk cantik menewaskan penjaga gol Spurs, Brad Friedel dim init ke-40. Ketika perlawanan di separuh pertama hampir tamat, penyerang Arsenal, Robin van Persie telah menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke-43.
Tanpa menoleh ke belakang lagi, Arsenal dilihat terus garang di separuh masa kedua apabila Tomas Rosicky meletak Arsenal di depan pada minit ke-51 sebelum Theo Walcott menambah derita Spurs dengan dua jaringan di minit ke-65 dan minit ke-68.
Arsenal kini menduduki tangga keempat liga, di belakang Spurs dengan kutipan 46 mata.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan EPL semalam
| KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 26 FEB 2012 |
| Arsenal | 5-2 | Tottenham |
| Norwich City | 1-2 | Manchester United |
| Stoke City | 2-0 | Swansea City |
--WARKAHDAILY
Post a Comment