Poco-poco: Pendapat Mashitah berlawanan fatwa Mufti Perak
WarkahDaily, 1 April – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dalam keputusan mesyuaratnya yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah menetapkan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan.
Pengharaman itu dibuat berdasarkan ianya mempunyai kaitan kepercayaan agama dan pemujaan roh selain ianya dikaitkan dengan agama Kristian.
Namun semalam dalam laporan Bernama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Gambar) telah mengeluar satu kenyataan, tarian poco-poco tidak perlu diharamkan di seluruh negara kerana hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman.
"Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.
"Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif.Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah," kata Mashitah kepada media selepas diminta mengulas keputusan pengharaman tarian berkenaan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak seperti yang diumumkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Tarian poco-poco: Najib dan isteri pun terlibat. Mufti Perak kata haram, Mashitah kata tak..Yang pasti, buka aurat di khalayak adalah haram.
Bagi penulis WarkahDaily, keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Perak tidak boleh dipandang mudah kerana sudah pasti sebelum membuat keputusan, tentu ianya melalui pelbagai peringkat kajian dan siasatan yang memuaskan ahli jawatankuasa berkenaan kerana ianya melibatkan amalan masyarakat umat Islam di negara ini.
Namun ianya ditolak oleh Mashitah kerana menganggap tarian itu sekadar senaman biasa pada pandangan peribadinya. Tak tahulah pendapat peribadinya itu sudah melalui tapisan kajian terperinci atau sekadar pendapat peribadi bagi memuaskan hati sebelah pihak yang terlibat dalam tarian berkenaan.
Sebelum ini, kita diperlihatkan di dada akhbar penglibatan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri dan isterinya sendiri dalam tarian berkenaan di tempat awam.
Apakah wajar keputusan Mashitah yang dibuat hanya berdasarkan penglihatannya sahaja tanpa melalui kajian terperinci oleh sebuah jawatankuasa yang mempunyai ramai tenaga pakar dalam bidang agama.
Jangan semata-mata mahu menyelamat tindakan sebelah pihak sehingga ianya menggadai maruah agama dengan harga yang murah.
Pengharaman itu dibuat berdasarkan ianya mempunyai kaitan kepercayaan agama dan pemujaan roh selain ianya dikaitkan dengan agama Kristian.
Namun semalam dalam laporan Bernama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Gambar) telah mengeluar satu kenyataan, tarian poco-poco tidak perlu diharamkan di seluruh negara kerana hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman."Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.

Post a Comment