Video seks semakin menjadi-jadi, artis pulak dah bikin video lucah
WarkahDaily, 27 Mac - Isu penayangan video seks kepada wartawan belum lagi reda, sekarang timbul pula bikin filem lucah sendiri dari kalangan artis pulak dah. Lahai..nampak semacam budaya seks semakin menjadi-jadi di negara ini.
Alangkah malunya, bumi yang didiami ramai kaum Melayu yang majoritinya umat Islam..tapi moralnya sudah tidak keruan lagi. Inilah hasilnya, jika pemimpin Umno-BN yang memerintah negara ini tak ambil kisah, bahkan turut bersekongkol dengan masalah moral ini.
Apa yang tidaknya, kalau pemimpin kata tak salah tayang video lucah.
Kosmo! - NAK kata terkenal, memang belum glamor. Cuma baru-baru ini sedikit gosipnya terkeluar di celah-celah berita-berita penting. Tapi rasanya khalayak masih belum benar-benar mengetahui nama individu yang menamakan dirinya pelakon ini.
Tetapi sebelum dia berjaya menjadi pelakon profesional dalam bidang seni, dengarnya aktor ini terlebih dahulu melibatkan diri dalam bidang lakonan DIY (do-it-yourself).
Khabarnya, video lucah yang dirakam oleh pelakon tersebut bersama skandalnya dapat dihidu oleh kekasih aktor tersebut hingga menimbulkan kekecohan. Ia merupakan antara punca perpisahan aktor ini dengan kekasihnya yang juga terlibat dalam bidang seni. Malah dengarnya, bila-bila masa sahaja kekasih pelakon tersebut boleh sebarkan kalau dia benar-benar berniat jahat. Tetapi dia tidak berniat berbuat demikian.
Macam-macam hal. Kalau nak jadi pelakon, jadilah di pentas yang betul. Bukannya di atas katil. Sudahlah membuat dosa, nanti boleh jadi malu besar pula.
Post a Comment