Presiden PAS ziarah makam bonda YDP Agong
WarkahDaily, 27 Mac – Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abd Hadi Awang dan rombongan telah menziarahi makam bonda YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Al-Wathiqa billahi Shah di Makam Diraja Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang, Kuala Terengganu Khamis lepas.
Bonda Tuanku Mizan, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah, mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor Darul Ehsan pada jam 1.22 pagi Isnin (21 Mac).Rombongan Presiden PAS itu diiringi Adun Ladang, YB Tengku Hassan Omar, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, Tengku Ahmad Tengku Hussain dan arkitek terkenal, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah. Turut menyertai ialah pegawai khas presiden, Sdr Zaihan Daud.
Presiden PAS sempat berdoa dan sembahyang jenazah bonda Tuanku Mizan bersama ahli rombongan.sumber: Facebook TG Datuk Seri Presiden PAS
Post a Comment