Header Ads

Tenis Terbuka Sony Ericsson: Caroline Wozniacki dikejutkan Andrea Petkovic

MIAMI: Pemain No. 1 dunia, Caroline Wozniacki dikejutkan oleh pemain Jerman, Andrea Petkovic pada pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Sony Ericsson di Key Biscayne kelmarin.


Petkovic singkir Pemain No. 1 dunia, Wozniacki dalam Kejohanan Tenis Terbuka Sony Ericsson di Key Biscayne kelmarin. | foto Getty Image
Petkovic, pemain ranking ke-23 dunia, mempamerkan corak permainan yang menarik untuk menempah slot ke suku akhir menang 7-5, 3-6, 6-3 ke atas pemain Denmark itu.

"Kebanyakan pemain menyangka mereka boleh menewaskan Caroline (Wozniacki). Saya rasa itu adalah tanggapan yang salah kerana apabila dia berasa sangat selesa, dia bermain dengan pantas dan membalas semua pukulan dengan baik," kata Petkovic.

"Apa yang cuba saya lakukan adalah mempelbagaikan corak permainan saya dan memaksa dia berlari lebih kerap.

Pada perlawanan itu, Wozniacki tewas tiga set pembukaan selepas mempersia-siakan tiga mata akhir dan kemudian berkata, dia perlu menyalahkan diri sendiri.

"Saya memperoleh banyak peluang pada set pertama. Tahap kekuatan saya berkurangan sedikit dan saya tewas perlawanan itu. Itu yang berlaku dalam sukan," katanya.

Dalam pada itu, pemain Rusia, Maria Sharapova yang bekerja keras selepas pulih daripada kecederaan, mudah menewaskan Samantha Stosur dari Rusia.

Sharapova yang ketika ini menduduki tangga ke-16 dunia, menang 6-4, 6-1 ke atas Stosur (kelima dunia) dan ini adalah kemenangan pertama daripada tujuh pertemuan mereka.

Sementara itu, aksi pemain pilihan kedua, Kim Clijsters dan Ana Ivanovic dari Serbia telah ditunda berikutan hujan lebat. -Reuters
Dikuasakan oleh Blogger.