‘Spiderman’ Perancis berjaya takluki Burj Khalifa bangunan tertinggi dunia

Pendaki Perancis, Alain Robert memanjat bangunan Burj Khalifa setinggi 828 meter di Dubai semalam. | foto AFP
Halangan angin kencang menyebabkan Robert, 48, tiba di puncak Burj Khalifa lewat beberapa jam daripada jadual asalnya.
Mendapat jolokan Spiderman kerana kehebatannya memanjat, dia mengambil masa sekitar enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu dengan menggunakan tali dan abah-abah seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

Alain Robert, melambai tangan selepas berjaya menawan Burj Khalifa di jalan Rashid Shaikh di Abu Dhabi. | foto Gulf News
Dia memanjat bangunan seawal usia 12 tahun apabila terpaksa memanjat untuk masuk ke dalam apartmen setinggi lapan tingkat milik keluarganya selepas tertinggal kunci rumah.
Sejak itu, Robert telah memanjat lebih 80 buah bangunan pencakar langit di seluruh dunia termasuk Menara Sears di Chicago, Amerika Syarikat (AS) dan Taipei 101 di Taiwan. -Reuters
Post a Comment