Tarian poco-poco: Mufti Perak dah haramkan, lain-lain bila..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain.
Padahal tarian ini begitu popular di negara ini kerana pembesar negara sendiri yang dilihat seolah mempromosinya kepada masyarakat apabila turut sama terlibat dengan tarian berkenaan.
Sehinggakan, boleh dikatakan dimana-mana (pelusuk negara) tarian poco-poco ini dimainkan. Sebelum itu pun, bukannya tak ada yang memberitahu ciri-ciri tarian yang mempunyai ciri-ciri agama Kristian itu, namun ianya tidak diendahkan...bahkan semakin menjadi-jadi dibuatnya.

Surat pengharaman tarian poco-poco oleh Jawatankuasa Fatwa Perak.
Jangan pulak takut nak tegur bos tu! Enta tu reti agama tau..
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan, lapor Harakahdaily.
Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.
Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.
Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.
Post a Comment