Skuasy Terbuka CIMB: Nicol, Azlan dan Nafiizwan berjaya tempah tiket suku akhir
KUALA LUMPUR: Pemain wanita nombor satu dunia, Nicol David memulakan buruan gelaran ketujuhnya dalam Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB Kuala Lumpur dengan menyingkirkan Sarah Kippax dari England di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini malam ini.

Nicol Ann David (kiri). | foto Arkib
Selain Nicol, Mohd Azlan Iskandar dan Mohd Nafiizwan Adnan turut berjaya menempah tempat ke suku akhir.
Dalam perlawanan pusingan pertama hari ini, Nicol hanya mengambil 39 minit untuk menundukkan lawannya dalam straight set, 11-8, 11-8 dan 11-8.
"Memang bagus untuk menang dalam pusingan pertama. Tidak dinafikan Sarah (Kippax) mendapat beberapa keputusan yang baik dan saya tahu dia akan berusaha habis-habisan. Dia juga melakukan beberapa pukulan yang baik.
"Permainan saya ada turun naiknya namun saya perlu meneruskan saingan. Saya akan memberi tumpuan kepada perlawanan esok yang akan berlangsung di gelanggang kaca. Ia akan menjadi satu pertarungan yang sengit," kata Nicol.
Dia akan bertemu pemain Australia, Kasey Brown, yang mengalahkan Laura Massaro dari England 11-8, 7-11, 11-9 dan 15-13, dalam perlawanan suku akhir esok.
Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 27 tahun itu, memenangi kejuaraan berkenaan pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010.
Sementara itu, Low Wee Wern dan Delia Arnold terkeluar daripada saingan setelah tunduk kepada lawan masing-masing yang lebih gagah.
Wee Wern kalah kepada pilihan kelima, Rachael Grinham dari Australia 5-11, 4-11, 11-6, 11-9 dan 6-11 dalam perlawanan yang berlarutan sehingga 70 minit, manakala Delia pula tewas kepada Camille Serme dari Perancis, 11-7, 9-11, 8-11 dan 7-11, juga dalam masa 70 minit.
Dalam kategori lelaki, Mohd Azlan melangkah ke pusingan seterusnya selepas lawannya dari Pakistan, Farhan Mehboob menarik diri daripada perlawanan disebabkan kecederaan buku lali semasa perlawanan set pertama.
"Amat malang buat Farhan. Perlawanan sememangnya sengit ketika dia mendahului 9-8 dan kemudian memberitahu yang buku lalinya cedera. Ini memberi kelebihan kepada saya untuk menghadapi pusingan seterusnya esok.
"Bagaimanapun, saya tidak menjangkakan perlawanan ini sesuatu yang mudah. Berdepan Aamir sentiasa sukar. Saya bersedia menghadapinya dan sepanjang minggu saya membuat persediaan mental bagi kejohanan ini," kata Mohd Azlan.
Pemain nombor tiga Malaysia, Mohd Nafiizwan terpaksa bertarung 62 minit menentang Ali Farag dari Mesir sebelum menang 11-8, 9-11, 11-8 dan 11-9.
"Saya belum pernah berdepan dia sebelum ini. Dia bermain dengan bagus dan merupakan antara bakat yang semakin berkembang di Mesir. Saya tidak berpuas hati dengan permainan saya dan kalah kepadanya dalam set kedua. Saya boleh menang perlawanan ini secara straight set tetapi hari ini, saya bermain di bawah tekanan," kata Mohd Nafiizwan.
Dia akan berdepan pilihan kedua kejohanan, Mohammed El Shorbagy dari Mesir, dalam perlawanan esok.
Sementara itu, Ong Beng Hee kalah kepada Saurav Ghosal dari India, 11-8, 4-11, 11-6, 11-6 dalam masa 54 minit. -Bernama

Post a Comment