Header Ads

Liga Europa: Liverpool, Manchester City gagal layak


Joe Cole cuba disaingi pemain Braga. Liverpool tewas 0-1. | foto goal
LIVERPOOL: Juara Eropah lima kali, Liverpool tersingkir dari saingan Liga Europa selepas seri tanpa jaringan menentang Braga sekaligus tewas dengan agregat 1-0.

Liverpool yang turun tanpa kapten, Steven Gerrard (cedera) ternyata tidak bermaya meskipun penyerang baru, Andy Carroll beraksi sepenuh masa.

Peluang terbaik Liverpool untuk mencipta jaringan hadir pada minit ke-58 menerusi percubaan Joe Cole.

Penyerang baru, Carroll gagal mencuri tumpuan setelah tidak banyak mencipta peluang.

Braga layak ke suku akhir selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama yang lalu.

Dalam perlawanan lain, pasukan bimbingan Roberto Mancini, Manchester City juga gagal melepasi halangan pusingan 16 pasukan.

Meskipun menang 1-0 lawan Dynamo Kiev hasil jaringan Kolarov, City gagal ke suku akhir kerana tewas kepada agregat 2-1.


Pemain City, Mario Balotelli (kiri) dilayangkan kad merah ketika pertemuan dengan Dynamo Kiev. City menang 1-0 namun Dynamo layak secara agregat 2-1. | foto Reuters
Pemain bermasalah, Mario Balotelli dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama kerana mengasari Goran Popov menjadi punca kegagalan City untuk mengatasi Kiev.

Perlawanan-perlawanan lain menyaksikan PSG seri 1-1 dengan Benfica yang menyaksikan Benfica layak dengan agregat 3-2.

Di Rusia, Zenit menang 2-0 menentang FC Twente tetapi gagal mara kerana agregat 2-3 berpihak kepada Twente.

Spartak Moscow pula cemerlang menewaskan Ajax 3-0 di tempat sendiri sekaligus layak dengan agregat 4-0.

FC Porto juga cemerlang menewaskan CSKA Moscow di tempat sendiri dengan 2-1 (agregat 3-1).

Rangers gagal mengambil peluang beraksi di halaman sendiri apabila tewas 0-1 kepada PSV.

Di Sepanyol, Villarreal mantap dengan aksi di tempat sendiri dengan kemenangan 2-1 menentang Leverkusen sekaligus layak dengan agregat 5-3. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.