Header Ads

Shabery mahu takrifan umur belia diganti 25 tahun

WarkahDaily, 25 Mac – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan takrifan had umur belia yang berumur di bawah 40 tahun diganti dengan umur 25 tahun.

Shabery dan Presiden MBM, Mohamed Maliki ketika pelancaran Tabung Kemanusiaan Tsunami MBM di Kuala Lumpur semalam. | foto Kosmo!
"Berdasarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, definisi umur bagi belia ditetapkan sebagai individu yang berusia antara 15 hingga 25 tahun saja.

"Di Malaysia umur 40 tahun masih dianggap sebagai belia. Semasa saya ke Australia, orang di sana terkejut dengan takrifan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Tabung Kemanusiaan Tsunami Majlis Belia Malaysia (MBM) di lobi Dewan Negara semalam.

Memang patut pun. Kalau umur dah 40 tahun, apa ke jadah ditakrif belia lagi. Rambut pun dah ada yang beruban bro!, kan tak pasal diboo orang luar negara, hangpa gila kuasa.

Eloklah ditukar umur kepada 25 tahun. Tak adalah lepas ni, pemimpin belia dipimpin oleh orang yang perasan belia padahal dah berumur. Itulah sebabnya golongan belia kurang dilatih menjadi pelapis pemimpin kerana orang tua masih lagi gila kuasa (nak pegang jawatan).
Dikuasakan oleh Blogger.