Header Ads

Kejohanan Basikal Trek Dunia: Skuad negara sekadar di tempat ke - 15

Hajat untuk menyaksikan kejutan berlaku pada hari pertama Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda tidak kesampaian apabila trio negara hanya mampu menduduki tempat ke-15 daripada 18 pasukan dalam acara pecut lelaki semalam.


Rizal Tisin, M. Edrus dan Josiah Ng dalam acara sprint akhir berpasukan di Asian Games ke-16 di Guangzhou, China. | foto Arkib
Trio negara yang dibarisi Josiah Ng, Mohd. Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Yunos dilihat kurang menyerlah apabila mencatat 46.470 saat pada pusingan kelayakan, sekali gus gagal mara ke final.

Pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, trio negara menduduki tempat keempat selepas tewas kepada trio Jepun pada penentuan pingat gangsa.

Pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad menyifatkan nasib tidak menyebelahi trio pecut negara selepas menghadapi masalah teknikal berhubung basikal milik pelumba veteran, Josiah.

"Saya anggap kekalahan trio pecut kita sebagai kurang bernasib baik kerana basikal Josiah mengalami sedikit masalah sebelum perlumbaan.

"Walaupun Rizal dan Edrus berjaya mempamer kayuhan yang baik, namun jelas sekali masalah tersebut memberi kesan terhadap catatan masa mereka," kata Naim ketika di- hubungi di Belanda, semalam.

Pingat emas acara tersebut dimenangi Perancis yang menurunkan trio sensasi mereka diketuai juara pecut dunia, Gregory Bauge, Michael D'Almeida dan Kevin Sireau dengan catatan 43.867s.

Mereka menumpaskan juara bertahan dari Jerman, Rene Enders, Maximilian Levy, Stefan Nimke yang merekodkan masa 44.483s.

Gangsa menjadi milik trio Britain, Jason Kenny, Chris Hoy, Matthew Crampton yang mencatat 44.235s bagi menewaskan trio Australia, Daniel Ellis, Jason Niblett, Matthew Glaetzer (45.241s).

Sementara itu, pelumba wanita negara, Fatehah Mustapa mendu- duki tempat ke-10 daripada 13 pelumba dalam acara final 500 meter ujian masa setelah mencatat masa 36.458s.

Hajat pelumba muda lelaki negara, Muhd. Arfy Qhairant Amran untuk menimba pengalaman di Belanda terencat seketika selepas penyertaannya dalam acara scratch dibatalkan.

"Saya tidak terkejut dengan apa yang menimpa Arfy kerana dia masih kurang pengalaman berbanding pelumba lain yang sudah senior, namun sekurang-kurangnya dia dapat belajar sesuatu dari- pada kesilapan kali ini," tambah Naim lagi. –Kosmo!
Dikuasakan oleh Blogger.