Proton MoU dengan Nissan, saham terus meningkat
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Proton Holdings Bhd semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Nissan Motor Co. Ltd (Nissan).
Syarikat kereta Jepun itu (Nissan), terlibat dalam reka bentuk dan pembangunan, kejuruteraan, manusia, pemasangan dan penjualan kenderaan bermotor serta produk berkaitan, termasuk aksesori, alat ganti dan komponen-komponen lain.
MoU itu akan merintis jalan bagi kajian kemungkinan dijalankan mengenai bidang-bidang kerjasama khusus antara kedua-dua pihak.
Ini termasuklah potensi menggunakan platform dan rangkaian kuasa Nissan, kata Proton dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Tempoh kajian kemungkinan itu bermula dari tarikh MoU itu ditandatangani dan berakhir pada 30 April, 2011 atau apabila perjanjian yang mengikat dari sudut undang-undang dilaksanakan, yang mana lebih awal, melainkan dilanjutkan melalui perjanjian bertulis oleh kedua-dua pihak.
Saham Proton naik
Hari ini, Saham Proton Holdings Bhd meningkat, selepas turun 12.5 peratus selama dua hari, selepas syarikat itu menandatangani memorandum persefahaman dengan Nissan Motor Co Ltd bagi mengkaji potensi bidang kerjasama.
Sehingga jam 10.14 pagi, saham Proton meningkat 0.56 peratus atau 2.0 sen kepada RM3.60.
Kerjasama itu termasuk potensi penggunaan platform dan barisan pemasangan Nissan.
HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd berkata langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif Proton mengembangkan segmen pasaran semasanya, dengan menyasarkan kebanyakannya segmen B dan C, yang merupakan kereta Proton Savvy 1.2 liter hingga Proton Perdana dan Proton Inspira 2.0 liter.
"Kami percaya kerjasama dengan Nissan boleh membawa maksud satu lagi "Inspira" seperti model yang ditukar nama bagi diperkenalkan di dalam tempoh jangka sederhana," katanya dalam satu nota penyelidikan pada Rabu.
HwangDBS berkata langkah itu boleh diterima akal bagi membolehkan Proton mengembangkan segmen pasarannya dan melancarkan model baharu dengan perbelanjaan modal dan kemungkinan tempoh pembangunan lebih rendah, jika dilihat kebanyakan fokus dan pembiayaannya ditumpukan kepada pelan penstrukturan lima tahun Lotus Group. -Bernama
Syarikat kereta Jepun itu (Nissan), terlibat dalam reka bentuk dan pembangunan, kejuruteraan, manusia, pemasangan dan penjualan kenderaan bermotor serta produk berkaitan, termasuk aksesori, alat ganti dan komponen-komponen lain.MoU itu akan merintis jalan bagi kajian kemungkinan dijalankan mengenai bidang-bidang kerjasama khusus antara kedua-dua pihak.

Post a Comment