Proton catat kerugian RM51.535 juta
Proton Holdings Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM51.535 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2010, berbanding keuntungan sebelum cukai RM82.958 juta, pada suku sama sebelumnya.
Perolehan bagi suku berkenaan susut kepada RM1.833 bilion daripada RM2.013 bilion, demikian syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagi tempoh sembilan bulan, Proton mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih rendah RM134.379 juta daripada RM247.989 juta sebelumnya walaupun perolehan naik kepada RM6.363 bilion daripada RM5.969 bilion.
“Penurunan dalam keuntungan terutamanya disebabkan kos penjenamaan lebih tinggi dan perbelanjaan penstrukturan semula oleh Lotus Group International Ltd.
“Sebagai sebahagian pelan transformasi pemulihan Lotus, kumpulan mula melabur dalam perasionalan rangkaian pengedar dan aktiviti penjenamaan untuk menyampaikan pelan perniagaan lima tahun,” katanya.
Menurutnya, pada suku ketiga, kumpulan mengalami jumlah jualan domestik lebih rendah dan peningkatan perbelanjaan promosi dan pemasaran oleh anak syarikat prinsipal.
Mengenai masa depan, syarikat itu berkata: “Tinjauan masa depan pasaran domestik dan kenaikan harga bahan api memberi faedah kepada model teras Proton."
“Menerusi sambutan baik dan penyerahan Inspira, prospek kami untuk mengembangkan jumlah dagangan dan meningkatkan bahagian pasaran suku keempat berakhir 21 Mac 2011 adalah baik.” -Bernama
Perolehan bagi suku berkenaan susut kepada RM1.833 bilion daripada RM2.013 bilion, demikian syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia.Bagi tempoh sembilan bulan, Proton mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih rendah RM134.379 juta daripada RM247.989 juta sebelumnya walaupun perolehan naik kepada RM6.363 bilion daripada RM5.969 bilion.

Post a Comment