Header Ads

Mayat wanita ditemui hanya bercoli dan seluar dalam bersama ular

GEORGETOWN, 28 Mac - Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan separuh bogel tersangkut di parit kawasan pembinaan Gurney Paragon, Jalan Kelawai, di sini, petang kelmarin.

Mayat wanita yang tidak dikenali ditemui hanya memakai coli dan seluar dalam.

Pengawal keselamatan tapak pembinaan berkenaan, K Thinagaran berusia 40-an berkata, dia menemui mayat itu ketika bersama seorang lagi kawan berbual di kawasan bersebelahan parit.

Menurutnya, dia terkejut melihat sesuatu objek putih terapung dan tersangkut di parit itu bersama-sama dengan seekor ular.

“Pada mulanya kami ingatkan itu mayat lelaki kerana mayat dari belakang, selepas itu baru didapati mayat itu wanita.

“Mayat wanita mempunyai kesan calar-calar di bahagian badan manakala leher juga ada kesan gigitan,” katanya,

Thinagaran yang terkejut melihat mayat itu segera memaklumkan kepada majikannya sebelum menghubungi polis.

Mayat itu yang dipercayai keturunan Cina atau warga Jepun berumur lingkungan 30an dijumpai kira-kira jam 3.10 petang. Polis masih menyiasat punca kematian mangsa.

Bagaimanapun, unit forensik yang tiba dan membuat siasatan mendapati kematian mangsa tidak mempunyai kaitan jenayah kerana tiada kesan tikam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan penemuan itu ketika dihubungi, semalam. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.