F1 GP Australia: Vettel juara, nasib berbeza dua pasukan Lotus Malaysia
WarkahDaily, 28 Mac – Saingan pembukaan Formula Satu (F1) musim 2011 pada Grand Prix Australia yang berlangsung di Melbourne semalam telah dimenangi juara dunia, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull-Renault dengan kepantasan 1 jam 29:30.259 saat, 22.297s di depan Lewis Hamilton dari pasukan McLaren-Mercedes yang berada ditangga kedua.

Sebastian Vettel (tengah) meraikan kemenangannya di podium bersama Lewis Hamilton dan pemandu Lotus-Renault, Vitaly Petrov selepas saingan F1 GP Australia di Melbourne semalam. | foto AFP
Manakala dua pasukan dari Malaysia menerima nasib berbeza dalam saingan pertama itu di mana Lotus-Renault kelihatan lebih menonjol dalam aksi pertama mereka.
Aksi sulung pasukan yang mendapat nafas baru selepas kerjasama jenama Lotus yang dimiliki Proton dari Malaysia dengan Renault telah meletakkan pemandunya Vitaly Petrov dari Russia berjaya menduduki podium buat pertama kali di tempat ketiga selepas menamatkan saingan 30.560s di belakang Hamilton.
Seorang lagi pemandunya, Nick Heidfeld dari Jerman turut beraksi dengan cemerlang apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.
Namun nasib berbeza berlaku ke atas satu lagi pasukan dari Malaysia yang juga menggunakan jenama Lotus yang dipunyai pemilik Air Asia, Tony Fernandes.

Pemandu Team Lotus, Jarno Trulli mengambil selekoh ketika perlumbaan pembukaan F1 GP Australia di Melbourne. | foto Team Lotus
Pasukan itu bernasib malang apabila hanya seorang pemandu mereka, Jarno Trulli, yang berjaya menamatkan perlumbaan. Pasukan yang menggunakan nama ‘Team Lotus’ yang menimbul kontroversi perebutan nama antara pasukan Lotus-Renault yang dimiliki syarikat permotoran Malaysia, Proton itu sekadar tamat di tempat ke-15.
Seorang lagi pelumba Team Lotus, Heikki Kovalainen tampak cemerlang pada permulaan perlumbaan namun kebocoran pada radiator sejurus selepas pit stop pertama menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan perlumbaan.
"Saya bermula baik dan berjaya menyaingi Alguersuari dan Perez namun kebocoran air itu menandakan penamat buat saya," ujar Kovalainen.
Walaupun sekadar tamat di tempat ke-15, Trulli tetap optimis dengan prestasi keseluruhan jenteranya dan berazam untuk beraksi lebih hebat di Malaysia dan China.

Sebastian Vettel (tengah) meraikan kemenangannya di podium bersama Lewis Hamilton dan pemandu Lotus-Renault, Vitaly Petrov selepas saingan F1 GP Australia di Melbourne semalam. | foto AFP
Aksi sulung pasukan yang mendapat nafas baru selepas kerjasama jenama Lotus yang dimiliki Proton dari Malaysia dengan Renault telah meletakkan pemandunya Vitaly Petrov dari Russia berjaya menduduki podium buat pertama kali di tempat ketiga selepas menamatkan saingan 30.560s di belakang Hamilton.
Seorang lagi pemandunya, Nick Heidfeld dari Jerman turut beraksi dengan cemerlang apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.
Namun nasib berbeza berlaku ke atas satu lagi pasukan dari Malaysia yang juga menggunakan jenama Lotus yang dipunyai pemilik Air Asia, Tony Fernandes.

Pemandu Team Lotus, Jarno Trulli mengambil selekoh ketika perlumbaan pembukaan F1 GP Australia di Melbourne. | foto Team Lotus
Seorang lagi pelumba Team Lotus, Heikki Kovalainen tampak cemerlang pada permulaan perlumbaan namun kebocoran pada radiator sejurus selepas pit stop pertama menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan perlumbaan.
"Saya bermula baik dan berjaya menyaingi Alguersuari dan Perez namun kebocoran air itu menandakan penamat buat saya," ujar Kovalainen.
Walaupun sekadar tamat di tempat ke-15, Trulli tetap optimis dengan prestasi keseluruhan jenteranya dan berazam untuk beraksi lebih hebat di Malaysia dan China.
Keputusan
1. Sebastian Vettel (GER/Red Bull) 1 jam 29:30.259 saat
2. Lewis Hamilton (GBR/McLaren) + 22.297
3. Vitaly Petrov (RUS/Lotus-Renault) + 30.560
4. Fernando Alonso (ESP/Ferrari) + 31.772
5. Mark Webber (AUS/Red Bull) + 38.171
6. Jenson Button (GBR/McLaren) + 54.304
7. Sergio Perez (MEX/Sauber) + 1:05.845
8. Kamui Kobayashi (JPN/Sauber) + 1:16.872
9. Felipe Massa (BRA/Ferrari) + 1:25.186
10. Sebastien Buemi (SWI/Toro Rosso) + 1 lap
11. Adrian Sutil (GER/Force India) + 1 lap
12. Paul di Resta (GBR/Force India) + 1 lap
13. Jaime Alguersuari (ESP/Toro Rosso) + 1 lap
14. Nick Heidfeld (GER/Lotus-Renault) + 1 lap
15. Jarno Trulli (ITA/Lotus) + 2 lap
16. Jerome d'Ambrosio (BEL/Virgan) + 4 lap
Post a Comment