Liga Sepanyol: Real Madrid mengamuk belasah teruk Malaga, kejar pendahulu liga
Real Madrid mengamuk di laman sendiri di Santiago Bernabeu awal pagi tadi (Jumaat, 4 Mac). Madrid yang berusaha mengejar Barcelona apabila membelasah teruk Malaga 7-0 dalam perlawanan La Liga Sepanyol.(Benzema cuba melepasi pemain Malaga dalam perlawanan awal pagi tadi di Stadium Santiago Bernabeu.)
Penyerang Madrid, Karim Benzema mengepalai pasukan berpesta gol sementara, Cristiano Ronaldo menunjukkan ketajamannya dengan menjaringkan hatrik.
Kemenangan itu menjarakkan mata Madrid dengan pendahulu liga, Barcelona. Kini, Madrid yang menduduki tangga kedua dengan kutipan 64 mata. Beza tujuh mata di belakang Barca.
Malaga selepas dibelasah teruk Madrid semakin terperosok di zon penyingkiran apabila sekadar mengutip 23 mata. Malaga kini berada di tangga 19 liga iaitu kedua dari bawah.
Madrid kelihatan tidak mengalami kesulitan berhadapan pasukan pelawat, walaupun Malaga dilihat menguasai 20 minit pertama perlawanan, namun akhirnya mereka tidak mampu bertahan dengan serangan bertali arus Real Madrid.
Gandingan Benzema, Ronaldo dan Angel Di Maria di barisan hadapan, memaksakan Malaga bekerja keras mempertahan kubu mereka daripada serangan tuan rumah.
Benzema menjaringkan gol pertama bagi Madrid setelah membuat tendangan bebas cantik hantaran Xabi Alonso di minit ke-27. Selepas gol pertama, Madrid tidak menunggu lama untuk melebarkan jaringan besar mereka.
Tidak lama kemudian, tendangan bebas Mesut Ozil yang gagal menerjah jaring terus disambar Benzema memanfaatkan bola itu dengan melepaskan ledakan ke gawang yang kosong namun Benzema terlebih dahulu berada di kedudukan offsidek.
Madrid akhirnya berjaya menambah gol kedua melalui Di Maria di minit ke-35 apabila berjaya menyudahkan umpanan cantik dari Marcelo. Selepas itu, giliran Marcelo menambah derita Malaga meletak Madrid di depan 3-0 sehingga selepas babak pertama hasil umpanan Di Maria di sudut yang sukar.
Malaga cuba meraparkan jurang ketika Welington berjaya meledakkan gol hasil tendangan bebas Eliseu, namun golnya tidak disahkan kerana dia berada dalam posisi offside.
Di separuh masa kedua, Madrid terus mengasak kubu Malaga apabila Ronaldo mengetuai serangan Madrid cuba mengkucar-kacirkan pertahanan Malaga. Hasil serangan bersama Ozil, Ronaldo berjaya membolosi gawang Malaga di minit ke-51. Gol itu menjadikan Madrid unggul 4-0.
Selepas itu, Benzema menambah jaringan kedua peribadinya di minit ke-62 hasil daripada hantaran silang Marcelo. Enam minit kemudian, Madrid terus mendahului selesa di depan 6-0 hasil jaringan Ronaldo menerusi tendangan penalti akibat bola terkena tangan pemain Malaga, Manolo dalam kotak penalti.
Manolo terus menerima nasib malang apabila beliau juga diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua menyebabkan Malaga terpaksa bermain dengan sepuluh orang.
Madrid terus mengasak dengan menambah satu lagi gol melalui Ronaldo hasil umpanan Canales di minit ke-77, padahal Canales telah berada di posisi cantik untuk meledak jaringan, namun, dia melorongkan bola kepada Ronaldo untuk memberi bekas pemain Manchester United itu membuat penyudah yang sempurna dan terus mencatat hatrik.
Di minit terakhir perlawanan, Malaga terpaksa bermain dengan sembilan orang selepas Cala mengalami kecederaan dan tidak dapat membuat pertukaran pemain kerana pengendali pasukan, Manuel Pellegrini telah melakukan tiga pertukaran pemain sebelum itu.
Kemudian selepas itu, pemain Madrid, Ronaldo juga telah meninggalkan padang apabila mengalami kecederaan dan Madrid terus bermain dengan sepuluh pemain sehingga perlawanan tamat kerana jurularih Madrid, Jose Mourinho juga telah memasukkan tiga pemain gantian.
Post a Comment