Header Ads

Komputer Perdana Menteri dan menteri kanan digodam

SYDNEY: Komputer menteri kanan Australia termasuk Perdana Menteri, Julia Gillard disyaki digodam dan beribu-ribu e-mel dicuri, dipercayai dilakukan oleh China sejak awal tahun ini.


Komputer Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (kanan) dan menterinya digodam. | foto AFP
Akhbar Daily Telegraph melaporkan, pihak berkuasa risikan Amerika Syarikat memberi maklumat kepada kerajaan Australia bahawa beribu-ribu e-mel daripada komputer sekurang-kurangnya 10 menteri berjaya diambil penggodam terbabit.

Ketika ditanya Gillard enggan mengulas. “Kami tidak ulas perkara risikan,” katanya kepada wartawan di Perth.

China pula menafikannya. Jurucakap Kementerian Luarnya, Jiang Yu, berkata: “Sebarang tuduhan terhadap kerajaan China adalah tidak berasas dan mempunyai motif tersembunyi.”

Serangan siber itu diper cayai dilakukan terhadap rangkaian e-mel Parlimen Australia, sistem yang tidak begitu kebal pertahanannya.

Pejabat Audit Kebangsaan Australia menyatakan, lebih 10 peratus kata kunci yang digunakan Jabatan Perdana Menteri mudah digodam dalam masa sejam.

Selain Gillard, komputer menteri lain yang digodam termasuk Menteri Luar, Kevin Rudd dan Menteri Pertahanan, Stephen Smith. Akhbar itu memberitahu, kejadian berlaku lebih sebulan lalu sejak Februari.

“Empat sumber kerajaan berasingan mengesahkan bahawa mereka dimaklumkan bahawa agensi risikan China adalah antara tersenarai sebagai penggodam asing yang disyaki,” katanya.

Satu sumber berkata, pendedahan itu amat membimbangkan. “Dakwaan ini perlu disiasat secara serius,” katanya.

Pakar keselamatan yang dipetik akhbar The Australian pula berkata, mereka percaya penggodam mahu mencari maklumat mengenai kerajaan termasuk projek besar.

Ketua eksekutif risikan risiko, Neil Fergus berkata rahsia komersial Australia mungkin menjadi punca serangan terbabit.

“Ada banyak projek sumber besar di Australia, mereka membabitkan bilangan besar bagi negara lain,” katanya.

“Sama ada kita meluluskan projek adalah amat penting. Saya tidak menolak itu adalah sebabnya ketika pertumbuhan melonjak di Australia dan itu penting kepada sebilangan rakan dagang utama kami,” kata peguam negara, Robert McClelland. –AFP
Dikuasakan oleh Blogger.