Header Ads

Kelayakan Euro 2012: Gol awal beri kelebihan England benam Wales

Cardiff, 27 Mac - Dua gol awal membolehkan England menewaskan Wales 2-0 dalam saingan Kumpulan G kelayakan Euro 2012 di Stadium Millennium, Cardiff malam tadi, di tengah-tengah kritikan pedas terhadap cara pengurusnya, Fabio Capello menangani isu pelantikan semula John Terry sebagai kapten.


Frank Lampard meraikan golnya menerusi sepakan penalti ketika bertemu Wales di Cardiff malam tadi. England menang 2-0. | foto Getty Image
Frank Lampard membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ketujuh selepas Darrent Bent dijatuhkan di dalam kotak penalti dan Bent memastikan tiga mata apabila menyambar bola lintang Glen Johnson pada minit ke-15, sekali gus memberikan kekalahan keempat berturut-turut buat Wales yang dibim¬¬bing Gary Speed.

Dengan tiga mata itu, England melonjak ke tangga teratas kumpulan, berkongsi 10 mata dengan Montenegro tetapi mempunyai perbezaan jaringan lebih baik selepas empat perlawanan. - Agensi

Keputusan lain-lain perlawanan

Portugal 1-1 Chile

Malta 0-1 Greece

Albania 1-0 Belarus

Ireland 2-1 Macedonia

Israel 2-1 Latvia

Norway 1-1 Denmark

Jerman 4-0 Kazakhstan

Andorra 0-1 Slovakia

Cyprus 0-0 Iceland

Bosnia 2-1 Romania

Bulgaria 0-0 Switzerland

Georgia 1-0 Croatia

Wales 0-2 England

Armenia 0-0 Russia

Dikuasakan oleh Blogger.