Header Ads

Juara EPL: Chelsea belum putus asa - Frank Lampard

PERANCANG Chelsea, Frank Lampard memberi amaran mereka masih belum berputus asa terhadap perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Manchester United 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

(PEMAIN Chelsea, Frank Lampard meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan, Drogba ketika menewaskan Manchester united 2-1 semalam.)

Chelsea bangkit daripada ketinggalan melalui jaringan David Luiz dan sepakan penalti disempurnakan Lampard, manakala Wayne Rooney meletakkan pelawat di hadapan.

Walaupun ketinggalan 12 mata di belakang United, Lampard percaya mereka masih berada di landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan liga berkenaan.

“Kami berjaya merapatkan jurang, dan perjalanan juga masih panjang, United masih di takhta liga, namun kami akan terus menyaingi mereka sebagaimana ditunjukkan pada perlawa-nan ini,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.