Gempa, tsunami dan nuklear: Jepun alami kerugian cecah RM900 bilion

Kereta dan rumah yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami kelihatan berselerak di jalan raya di Kota Kesennuma, Jepun. | foto Reuters
TOKYO, 23 Mac: Kerajaan Jepun menjangkakan nilai keseluruhan kemusnahan akibat bencana berganda, gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear mencecah 15 trilion hingga 25 trilion yen (AS$185-308 bilion), lapor akhbar Nikkei hari ini.
Akhbar itu menambah, Menteri Ekonomi Kaoru Yosano akan membentangkan anggaran nilai kemusnahan pada mesyuarat Kabinet hari ini.
Lebih 9,000 sudah disahkan terbunuh dalam tsunami dan gempa bumi 11 Mac lalu. -Reuters
Post a Comment