Chelsea tampak laluan mudah
Berbekalkan dua gol di padang lawan, langkah Chelsea ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah.
Kemenangan ke atas Copenhagen dalam perlawanan esok di Stamford Bridge hanya sebagai pelengkap jadual perlawanan timbal balas antara 16 pasukan terakhir di peringkat Eropah.

TORRES dahagakan gol sulungnya bersama Chelsea.
Bagaimanapun, bekas pemain Chelsea, Jesper Gronkjaer, yang kini bersama Copenhagen, memberi amaran kepada juara Liga Perdana England itu bahawa pasukannya juga memiliki semangat untuk memastikan mereka masih tidak akan mudah mengibarkan bendera putih.
Pemain yang menyumbat gol genting di saat akhir bagi membantu Chelsea membenam Liverpool dan seterusnya membantu pasuakan itu layak ke Liga Juara-Juara pada musim 2004, masih ingat detik-detik membanggakan bersama pasukan yang kini menjadi lawannya.
Gronkjaer menyifatkan bekas kelabnya itu telah jauh berubah daripada ketika beliau berada di London.
Beliau yakin, perjuangan pasukan wakil dari Denmark itu belum berakhir. Pasukan berkenaan masih ada 90 minit lagi untuk meneruskan pertarungan yang akan bermula dengan 0-0.
Lebih meyakinkan Gronkjaer ialah ketika tumpas dalam pertemuan pertama, pasukannya belum bersiap sepenuhnya kerana tidak dapat melakukan sebarang kegiatan dalam musim sejuk.
Pada masa yang sama juga, pemain sayap berusia 33 tahun itu sedar kekuatan Chelsea tidak serupa dengan kehebatan yang pernah dimiliki di musim-musim lalu.
Namun begitu, kehadiran bintang penyerang Sepanyol, Fernando Torres, tidak harus diperlekeh.
Lebih-lebih lagi selepas pemain yang dibeli dengan rekod 50 juta pound (RM244.8 juta) dari Liverpool itu masih dahagakan gol sulung bersama pasukan 'The Blues'.
Pengurus Chelsea, Carlos Ancelotti, masih tetap menaruh harapan agar penyerang berkenaan mampu menebus kekecewaannya sendiri selepas lima kali diturunkan tanpa membawa pulang sebarang jaringan.
Justeru, pertemuan dengan Copenhagen ini merupakan antara peluang keemasan buat Torres membuktikan beliau sudah selesa di Stamford Bridge seperti yang didakwa, jika dibandingkan tekanan yang dirasa semasa di Anfield.
Malah, Torres perlu mengikut ketangkasan Nicolas Anelka yang masih menjadi penjaring terbaik Chelsea selepas menyumbat dua gol di perlawanan pertama di padang lawan.
Jika kejayaan membenam Manchester United 2-1 disifatkan sebagai pembekal semangat terbaik bagi memacu semangat bagi menghadapi Liga Juara-Juara, kejayaan menempah tempat di suku akhir kejohanan berprestij itu pula merupakan suntikan terbaik untuk meneruskan saingan dalam Liga Perdana England.
Seperti yang didakwa oleh Salomon Kalou, kemenengan mengatasi Manchester United dan kejayaan ke atas Copenhagen bakal membuat para pemain pasukan Stamford Bridge itu lebih berazam meningkatkan prestasi mereka dan meneruskan perjuangan hingga ke garisan penamat.
“Kejayaan ke atas Copenhagen boleh dijadikan sebagai batu loncatan semangat dan keyakinan kami, lebih-lebih lagi selepas menang 2-0 di padang lawan.
“Kami harus memanfaatkan perlawanan pusingan kedua ini dengan sebaik-baiknya dan bersiap sedia pula untuk perjuangan selanjutnya dengan lebih selesa,” kata Kalou sebagaimana dipetik The Sun.

Post a Comment